Apa khabar kawan-kawan? Rindu gila aku dekat blog,rasanya dalam 5 bulan juga aku tak menulis dekat sini.Sebenarnya aku serba salah,asal nak menulis dekat sini je aku teringat Jurnal/Article tak siap lagi,tak publish lagi.Asal nak menulis je,aku teringat Thesis sedang melambai-lambai dekat aku.Jadi kesudahannya blog dibiarkan kesepian.hehe.Namun aku sudah niat tibanya hari istimewa dalam hidup aku,memang aku nak update tapi atas sebab-sebab tertentu terlajak sikit untuk updatenya.Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku sebelum dan selepas masuk tahun 2015.Banyak benda aku nak kongsi dengan pembaca blog.AWAS!Entri kali ini memang panjang,jangan sesak nafas yea.haha.
11 April
Tarikh aku dilahirkan.Alhamdulilah kini sudah genap aku berusia 25 tahun hidup di muka bumi ini.Terima kasih emak kerana mengandungkan,melahirkan,dan membesarkan aku.Terima kasih abah kerana menjagaku hingga boleh berdiri sendiri.Tanpa mereka berdua siapalah aku di dunia ini.Terima kasih kerana sanggup menjaga amanah ini yang serba kekurangan daripada kecil.Walaupun masa itu,doktor mengesahkan keberangkalian untuk aku hidup hanya 20% sahaja.Betapa kuatnya emak dan abah terima ujian yang begitu berat dalam hidup mereka.Terpaksa menghabiskan duit yang banyak untuk aku hidup,sampai mencecah puluhan ribu.Pengorbanan yang aku tak dapat balas seumur hidup walaupun sampai aku mati.Apa yang aku dapat buat sekarang ialah sentiasa mendoakan mereka dibawah lindungan Yang Maha Esa,diberi umur yang panjang supaya aku dapat membahagiakan mereka.Tiada hadiah yang bernilai aku minta daripada mereka,cuma hidup dengan gembira,sihat dan bahagia.Terima kasih Allah kerana benarkan aku hidup disisi kedua ibu bapaku sampai hari ini.Aku sangat bersyukur.
Aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada,nak katakan miskin tapi setiap tahun bertukar baju raya,jadi aku dikategorikan sebagai golongan yang sederhana sahaja.Alhamdulillah cukup makan dan pakai.Rasanya dari kecil lagi aku dididik supaya tidak meminta-minta.Kalau nak sesuatu,kenalah usaha sendiri.Mungkin dari itu aku mula menabung untuk membeli sesuatu.Tabung pertama aku dari buluh.Abah buat tabung buluh untuk aku.Kata abah,masukan duit dalam tabung tak boleh ambil,tunggu penuh baru kita belahkan dia.Jadi pabila tabung aku sudah penuh,aku belah tabung buluh,tengok banyak duit.Jadi timbul perasaan sayang dekat duit,sayang nak guna.haha.Jadi simpanlah duit aku dalam bank.Semakin hari,semakin aku kedekut dengan diri sendiri dan sekarang kedekut dengan orang masih lagi menebal,tapi akan aku kikis untuk ke arah kebaikan.Terima kasih Ija sebab belanja makan malam sempena Hari Lahir aku,walaupun secara kebetulan.Terima kasih juga dekat Wana dan Diana.Tak lengkap kami berenam tanpa Shila dan Iffah.Insyaallah ada masa nanti kita jumpa.
Aku ni bukanlah sejenis manusia yang lahir je ke muka bumi terus jadi pandai.Seingat aku,semasa sekolah rendah aku selalu dapat nombor 9 dari Darjah 1 sampailah Darjah 6.Pelik kan nombor 9 agaknya nombor bertuah aku kot.haha.Tapi walaupun aku dapat nombor 9,aku tetap dapat hadiah pabila tibanya Hari Anugerah Cemerlang.Agak-agak apa? Hadiah kerajinan la,hahaha.Walaupun aku selalu datang sekolah lambat,kena denda dekat perhimpunan tapi aku tak pernah ponteng sebabnya nak dapat Hadiah Kerajinan.Atas sebab kalau mak dan abah datang nak tengok,mesti bangga anak dia ambil hadiah dekat atas pentas.hehe fikiran ntah apa-apa je kan bukan nak usaha bagi pandai,ish teruk la ziela nih.
Masuk sekolah menengah,Tingkatan 1 sampai 3 aku dapat nombor 1 dalam kelas dan masa Tingkatan 3 aku dapat hadiah Anugerah Cemerlang dan masa itulah abah aku hadir dalam majlis yang betul-betul aku dapat hadiah bukan lagi sebab hadiah kerajinan.hehe.Disebabkan aku dapat cemerlang,abah hadiahkan aku telefon bimbit.Seronok gila masa tu,walaupun biasa saja jenama Norkia sangat bernilai bagi aku.Tapi aku pindah sekolah masuk sekolah teknik tingkatan 4 dan 5.Masa aku di sekolah teknik,aku sangat aktif dalam pelbagai bidang,dekat asrama dan juga segala aktiviti sekolah.Tapi aku masih dapat hadiah di Anugerah Cemerlang masa tingkatan 5.Agak-agak apa yea? Aku dapat hadiah Anugerah Khas Sekolah,Anugerah Komitmen Cemerlang.Hanya 4 orang saja seingat aku yang dapat hadiah ni,termasuk ketua pengawas sekolah,Zaim kalau tak salah nama dia.Macam orang-orang yang banyak berjasa dekat sekolah je aku ni tapi pelajaran ntah apa-apa.hehe.Apa yang aku seronoknya abah datang tengok aku ambil hadiah di atas pentas.
Masuk tingkatan 6,aku harap sesuatu keajaiban akan berlaku.Ting!Lagi sekali abah aku naik atas pentas ambil hadiah dan cenderahati sempena kecemerlangan aku.Setelah beberapa tahun aku belajar di UPM,akhirnya aku konvo dan abah serta emak hadir dalam majlis aku terima ijazah.Perasaan yang tak dapat diungkapkan pabila mak dan abah tengok aku di atas pentas.Kepuasan.Aku nak senaraikan majlis yang dihadiri oleh mak dan abah dalam melihat aku di atas pentas.
Darjah 1-6 : Hadiah Kerajinan
Tingkatan 3 : Anugerah Pelajar Cemerlang
Tingkatan 5 : Anugerah Khas Sekolah,Anugerah Komitmen Cemerlang
Tingkatan 6 : Anugerah Pelajar Cemerlang Top10 Sekolah, STPM
UPM : Majlis Konvokesyen Ijazah
Tiada sekumit perasaan bangga diri atau riak langsung.Apa yang aku nak ceritakan ini ialah perasaan yang boleh aku berikan kepada emak dan abah.Seingat aku,dulu aku pernah dihadiri perasaan yang kurang senang,sebagai contoh kawan-kawan seusia aku dihadiahkan oleh ibu bapa mereka kereta,telefon canggih,bercuti dan macam-macam lagi atas sebab cemerlang dalam pelajaran.Tapi aku,walaupun dapat cemerlang aku tak pernah dapat hadiah.Namun aku sedar dari mimpi,aku bukan golongan orang yang berada cuma sederhana.Cepat-cepat aku tepis perasaan macam tu.Justeru itu,aku usaha sehabis mungkin untuk memberikan emak dan abah hadiah atas kecemerlangan aku.Disebabkan dari kecil aku dididik,kalau nak sesuatu kenalah usaha.Jadi aku usaha dapatkan apa yang aku nak dalam hidup.Memang aku niat tak nak bebankan abah dan mak dalam apa jua perkara.Perancangan Allah itu hebat.Alhamdulilah,daripada sekolah sampai sekarang aku belajar percuma,bebas daripada hutang.
Tingkatan 1-5 : Biasiswa
Ijazah : Biasiswa
Master : Biasiswa
Betul kata orang,kita diberi ujian untuk melihat sejauh kita mampu hadapinya.Aku diberi ujian ketika kecil.Aku bersyukur,dewasa kini aku tidak membebankan emak dan abah.Cukuplah sekali dalam hidup emak dan abah bersusah payah untuk aku.Kini pabila terima gaji,perkara pertama yang aku buat terus bankin kepada emak dan abah di kampung.Percayalah walaupun gaji kita kecil atau besar,akan sentiasa cukup.Keberkatan namanya.
Sekarang.
Terima kasih semua yang mendoakan aku di hari lahir,adik-adik,kawan-kawan dan emak abah.Ucapan yang paling banyak semuanya mendoakan agar dipermudahkan jodoh.Yang paling tak tahan tu emak telefon aku, "selamat hari lahir kak,moga dipercepatkan jodoh tu".haha.Kawan-kawan tak sabar nak tengok aku kawen ke? bawa bertenang ye semua,nanti aku rasa betul-betul sudah bersedia,aku hantar kad jemputan.Buat masa ni,aku tak boleh berikan komitmen lebih selain Thesis aku tu.Doakan Thesis aku cepat siap dan aku boleh konvo tahun depan.hehe.Terimalah gambar aku sekarang,diambil sekitar awal tahun 2015, tak rajin tangkap gambar dah sebab guna Norkiah je.hehe.
Hai
Secara rasminya aku sudah 25 tahun.
Moto dan Visi aku :
Tiada yang mustahil bagi yang berusaha.
Azam :
-moga dapat siapkan Thesis dan konvo tahun depan
- perancangan sambung PhD dalam pertimbangan
-moga terus istiqomah dalam menjadi muslimah idaman
-berbakti kepada emak,abah dan adik-adik kesayangan
-menyimpan duit untuk masa hadapan
-kawen tiada dalam perancangan
haha
p/s : Apa yang aku harapkan,adik-adik diluar sana hormatlah kedua ibu bapa kita ketika mereka masih hidup.Kalau mahukan sesuatu usahalah.Bagi adik-adik yang keluarganya sederhana,janganlah suka meminta-minta.Berusaha belajar pandai,insyaAllah apa yang kita mahu akan dapat.Tiada seorang manusia pun yang dilahirkan bodoh dalam didunia ini.Kita diberikan akal untuk berfikir,yang membezakan kita dengan haiwan.Jadi setiap manusia berhak untuk mengecapi kejayaan,tidak kira dalam apa jua bidang sekali pun.Percayalah pada diri sendiri.Apa yang penting,kita haruslah sentiasa bersyukur apa sahaja nikmat yang kita ada.Jangan bandingkan kehidupan orang lain dengan diri kita.Dengan bersyukur membuatkan hati kita sentiasa redho dengan apa yang berlaku.Ingatlah Allah sayang kita sebab itu,Dia berikan ujian.Senyum.
Terima kasih sudi baca,jumpa lagi. :D
Terima kasih sudi baca,jumpa lagi. :D