Aku baru balik bercuti dari kampung,seminggu rasa macam cepat je kan.Yelah,balik sibuk dengan kerja mestilah rasa cepat.Tak sempat nak pergi bercuti ke mana-mana pun.Sabarlah wahai hati,nanti aku bawak kau pergi korea,oke dalam mimpi,kehkehkeh. =.=
Selalunya,kalau ada cuti je aku akan pergi bercuti,dalam Malaysia je lah yang mampu pun.Tapi bukan guna duit mak abah aku yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian,mintak perhatian semua,duit aku sendiri.Duit yang aku simpan khas untuk pergi bercuti.Kadang-kadang kita kena belanja untuk diri sendiri jugak.Memang hobi aku pun pergi berjalan-jalan ni.hehe.
Kalau siapa yang singgah ke blog aku mesti perasan yang aku ada buat list impian iaitu Melody's Dream. #tengok cepat! .Salah satunya ialah cameron.Memang aku tak pernah jejak kaki lagi dekat cameron ni,teringin sangat nak pergi sebab cameron ni adik beradik dengan korea,hehe.Inilah salah satu tempat yang tak pernah aku sampai lagi kecuali Sabah dan Sarawak ye,hehe.Aku pernah rancang dengan kawan-kawan aku nak pergi sini,tapi biasalah masing-masing ada hal,kena tunggu semua cuti barulah boleh pergi sekali.Dalam perancangan aku,nik,ean and the geng,tapi maaflah korang aku pergi dulu.hehe.Aku pergi dengan bas Upm,sebenarnya sebelum hari kejadian aku pergi buat kajian di Perkampungan Orang Asli di Tapah,Perak.Dalam perjalanan balik,kami singgah di Cameron.
Aku pergi ke Cameron ni pada 24/3/2013,tapi baru buat entri hari ni,dah basi pun.boo ziela,booo,booo.=.= Maaflah, 3 minggu baru sempat kan,nampak sangat sibuk,nampak je lah kan.hehe.Tapi apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana separuh impian aku sudah tercapai.Bagi orang mesti biasa je pun,tapi bagi aku ia sangat bermakna tau walaupun hanya lebih kurang 4jam je dekat atas sana.
Jom kita tengok permandangan cantik dekat atas sana.
Sukanya dia...hehe
ReplyDeletehehhe...mestilah pah..impian celah gigi tu..kekekee
Delete