Wednesday 22 May 2013

BBM 3410 : Laman Web

Assalamualaikum...

Pada mulanya hati kecil ini memberontak kerja apa lagi yang perlu aku lakukan.Laman web?? Apa kegunaan dia?Ya,ku akui aku tak berminat langsung dengan benda alah ni,dengan tesis aku lagi yang melambai-lambai minta diberi perhatian.Namun,dek kerana cemburukan kawan-kawan yang sudah siap maka aku gagahkan diri untuk menyiapkan juga.Jeng...jeng..jeng...

Akhirnya terhasillah website aku sendiri.Rasa kagum,teruja dapat hasilkannya sendiri dengan bantuan Cik Wani tutor.Baru aku tahu apa faedahnya ada website ni.Lepas makeupkan website aku ni nampak cantik,tak jemu memandang..kehkekeh..angkat bakul sendiri.;p.Nak tahu tak apa kegunaan atau faedah website ini?Antaranya ialah : 



  • Perniagaan : Bagi sesiapa yang baru nak buka perniagaan online perlu ada website bagi memudahkan pelanggan melihat barang yang ingin kita pamerkan.


Jadi bagi sesiapa yang nak tempah website bolehlah terus kepada saya.Dijamin puas hati. :)



p/s : terima kasih kepada Dr.Notts kerana andalah saya sudah ada website sendiri.Walaupun sekarang masih lagi belum nampak hasilnya,siapa tahu masa akan datang,saya Jutawan website.Hee.Inilah laman web saya sendiri.





Kalau ada sumur diladang,
     Dapat kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang;
     Dapat kita berjumpa lagi. :D





Sekian,terima kasih.







Friday 17 May 2013

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum...

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang amat keramat bagi seluruh dunia.Tarikh apakah itu? Itu adalah tarikh di mana bagi menghargai jasa-jasa golongan pendidik iaitu guru kita.Ada jugak yang menyangkal bahawa tidak perlu sanjung tarikh itu,sama sahaja tarikh yang lain yang penting ucapan saja.Bagi aku itu tidak adil,tidak adil,baginya.Hee.Kenapa aku cakap macam tu sebab kita perlu ada tarikh bagi meluangkan masa kita hanya dengan memberi ucapan dan sebagainya.Atau dalam erti kata yang lain mengingati hari mereka sebagai golongan pendidik.Aku bagi contoh,hari lahir kita sudah tetapkan kenapa kita sambut?ucap?sebabnya hari itu bersejarah kan,kita lahir dimuka bumi ini.Haa,fikirlah sendiri..dah dah..malas nak pertikaikan lagi.Masing,masing ada pendapat sendiri.Senyum.

Dulu waktu sekolah rendah,kalau tiba je hari guru aku akan bagi sabun.hahaha.Tak tahu lah kenapa,dari darjah 1 sampai darjah 6 aku akan bagi sabun.Pelik je,tah la.Tak pa asalkan aku ikhlas nak bagi.Sebelum tersasar dari landasan moleklah aku teruskan saja niat iaitu nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru,pendidik,pengajar yang mencurahkan ilmu pada saya dari tadika sampailah ketahap ini.Tanpa guru sekalian siapalah saya di sini.Mungkin masih lagi di zaman jahiliyah.

Abah aku cakap siapa pun kita sekarang ini jangan dilupakan guru sekolah rendah.Tanpa mereka,kita tak akan pandai membaca,tak akan pandai mengira.Dari situlah titik permulaan kita mengenal dunia.Terima kasih kepada guru yang mengajar saya selama ini dari Pasti sampailah di Universiti sekarang.Sesiapa yang memberi ilmu itu sudah dikira sebagai guru,pendidik dan pengajar.Jika mereka tidak curahkan ilmu adakah kita akan faham? adakah kita akan mahir?. Dibawah adalah senarai golongan pendidik yang mencurahkan ilmu kepada aku.


  • Pasti Batu 7
  • Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera
  • Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2
  • Sekolah Menengah Baling
  • Zarika Pusat Memandu
  • GiatMara Baling
  • Universiti Putra Malaysia

Terima kasih cikgu.Tanpa cikgu di Pusat Memandu,aku tak akan mahir memandu kereta.Tanpa cikgu di Giatmara aku tak akan mahir dalam menjahit pakaian.Itulah betapa mulianya tugas sebagai pendidik dan pengajar.Mereka diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk semua orang.Jasa kalian amat besar buat diriku.Dari tidak tahu kepada tahu segalanya.Terima kasih cikguku semua.Saya tidak akan lupa jasa anda kepada saya.Apa yang diharapkan oleh seorang guru kepada anak muridnya ialah untuk jadi manusia yang berguna.




Tiada hadiah yang bernilai yang dapat membalas jasa kalian.Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang dapat saya berikan.Saya akan jadi manusia yang boleh membanggakan cikgu semua.Harapan saya semoga cikgu semua berada di bawah lindungan Yang Maha Esa,dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira dalam kehidupan seharian.Terima kasih cikgu. :)

Wednesday 15 May 2013

BBM 3410 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.Hari ni cuaca mendung je tapi belum tentu hujan akan turun membasahi bumi.Rasanya sudah lama aku tak update entri kan,maaf lah aku memberi fokus pada Tesis aku dan akhirnya jeng..jeng.. Alhamdulilah dah siap semuanya.Lega rasanya beban di bahu aku ni.Memandang hari ni hari Jumaat yang mulia,maka aku tekadkan hati nak update semua entri yang aku dah ketinggalan sebelum ni.Terimalah.hehehe..

Tugasan Video Tanpa Wajah ini aku terima pada 17/4/2013 yang lepas.Maka korang kiralah berapa hari aku buat pekasam.=.=
Selepas video seram hari tu,ramai kawan-kawan aku yang tanya dah tak da video baru ke?eh kenapa ? Jadi bagi menjawab persoalan-persoalan yang terbuku di minda kawan-kawan,maka aku umumkan bahawa ada video baru iaitu Video Tanpa Wajah.Kali ini tugasan kami tidak perlu nak tampil dengan wajah, mimik muka ke apa,kami hanya perlu fokuskan pada satu benda ja.Jadi kumpulan aku sebulat suara memilih tangan sebagai watak utama dalam video ini.

Dalam pembikinan video ini lokasi yang kami pilih ialah semestinya di bilik Sikin.Biasalah tempat yang mudah untuk kami semua berkumpul.Disebabkan pada sebelah siang masing-masing sibuk dengan kuliah,maka kami pilih untuk rakam video ini pada sebelah malam.Sebelum nak mula rakam,kami terlebih dahulu buat prop.Ha,itu sangat penting ya tuan-tuan dan puan-puan sekali.Nak tahu tak tajuk cerita kami.hehehe.Air Tangan Isteri.Ha,kemain kan sejak dua menjak ni cerita pasal kawen je.huhuhu.

Kami buat peralatan dapur menggunakan kertas.Ingat senang ke,pada mulanya agak sukar bagi aku sebab dulu masa sekolah rajin juga buat,tapi dah besar gini dah lupa semua.Jadi Sikin lah ketua mengajar aku buat bakul,besen daripada kertas.Selesai buat prop seterusnya Husna cari latar belakang dari internet.Latar belakang ni macam nak bagi cantikan lagi video kami nanti.Agak-agak korang siapa yang melakonkan watak suami dan isteri ni.?teka lah..teka lah..heee.

Pelakon dalam video ni ialah aku dan Umi.hehe.Aku sebagai isteri yang menyambut suami iaitu Umi, pulang dari kerja.Sweet kan suami isteri ni.Sebelum suami pulang isteri mestilah masak dulu,kemas rumah dan tunggu kepulangan suami tercinta.Itulah dinamakan isteri solehah.

Apa mesej yang kami, Cempaka Sari ingin sampaikan ?


  • Sebagai seorang isteri wajib mentaati perintah suami sebab syurga isteri pada suami.Tak perlu berhias di luar kerana perkara yang perlu dilakukan hanya berhias untuk suami.

  • Air tangan isteri pengikat kasih sayang rumah tangga.Kalau isteri malas masak,dan suami perlu makan di kedai mamak je,lama-lama suami akan naik bosan dan boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan.

  • Tugas seorang isteri amat mudah,hanya perlu melayan suami tetapi disebabkan hati seorang wanita ini amat lembut semua kerja dirumah seperti masak dan mengemas pun dilakukan.Tapi jangan mengeluh kerana Pahala sedia menanti para isteri.

  • Wanita dijadikan cukup sempurna dan istimewa. Mereka tidak akan dibiarkan keseorangan jadi sebagai pelengkap hidup mereka memerlukan seorang lelaki yang bernama suami sebagai pembimbing.Jadi rebutlah peluang untuk menjadi isteri yang solehah.



Bagi sesiapa yang tak tengok lagi video ini boleh lah klik di link yang ada di bawah.









Semoga semua terhibur,terima kasih.Sehingga ketemua lagi. :D