Tuesday 19 March 2013

Entri Bergambar / Kawan

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari kelas,hari ni ada exam.fuhh!lega selesai 1 masih berbaki 1 je lagi.Semester ni aku banyak amali je,exam tak da cuma tunggu final je nanti.Setelah digembar- gemburkan cakap nak buat entri bergambar ni bapapuluhkali dah kan,tapi tak jugak buat.=.= maaflah.aku sibuk dengan Fyp aku,alhamdulillah bab 4 aku diterima Dr.Raja.Happy tak ?? gilerr kau tak happy.hahah..Memandangkan aku rajin jalan sorang-sorang..ha?xda kawan ke?oh! forever alone...kesian..=.=

Eh,tak..tak..aku ada kawan lah.Cuma aku je suka jalan sorang sebab kelas tak sama dengan yg lain.Jadi sebab tu lah nampak aku sentiasa kesorangan. #eleyyy,nak emo lebih-lebih apasal.

Aku nak cerita sikit pasal kawan-kawan aku,ramai tau.Yang penting lebih dari 1.hahaha.Aku sangat suka berkawan.Tak kira lah siapa latar belakang dia kan,dia gemuk ke,kurus ke,cantik ke,huduh ke.aku tetap kawan.Sebab bagi aku kalau nak berkawan kenapa perlu pilih 'bulu'?yang penting hati kita ikhlas tau.Barulah persahabatan yang kita bina akan berkekalan.Tapi kalau aku ke sesuatu tempat yg baru,aku takut tau.Aku takut tak da orang nak kawan dengan aku.Sedih tau.Eh, pulak! Jom kita tengok siapa kawan-kawan aku.Terjah! hehehe (macam melodi pulak!:p)

1) Tadika (PASTI)



mekja dan mekna..heheh..;p

Kami kawan dari Pasti lagi tau.Aku umur 4 tahun dah blaja tau.Rumah kami dekat je,lepas balik sekolah selalu je main tuju kasut.hahah..Alhamdulillah,sampai sekarang kami masih berkawan.Apa rahsianya?kalau ada salah faham,cepat-cepat bersua muka,jangan pendam dan akhirnya kurangnya rasa sayang dalam persahabatan.

2) Sekolah Rendah


gamak ye tangkap tanpa aku..=.=,(haha sory,masa ni aku diluar kawasan :P,bz

Kami kawan dari darjah 1 dan sampailah sekarang.Walaupun masing-masing dah kerja dan ada juga yg masih belajar macam aku ni namun kami tak pernah lupa.Setiap kali raya pasti ketemu.Alhamdullilah,jodoh kami masih panjang.Semua masih single oke,belum berkahwin.hehe.Antara kami sapa kawen dulu?hahaha.tettttt..



hai ifah,sory aku amik gambaq ang tanpa kebenaran..heee ;p

Ni sorang lagi kawan aku masa darjah 1 sampai lah tingkatan 3 tau.Lepas tu aku pindah teknik kami dah jarang,namun tak membantutkan lagi persahabatan kami.Kami 6 orang ni adalah satu geng tau.hehe cikgu-cikgu panggil 6 Jahanam.Sebabnya kami suka cakap banyak dan buat kecoh dekat sekolah.haha.:p

3) Teknik


masa dekat rumah farahen,sebelum balik snap dulu..;p
dari kiri : yus, kirah, aimi, imah, izaty




kawan aku aisah dah kawen dia,sama cantik sama padan





G-ha,dorm skali fom 4,sampai skarang tau.ni dekat padang besar.#shopping ler.hee





MIMI,kawan baik aku dari asrama sampai sekrg..aku rajin tido umah dia..kekeke..# i curik gmbo u..;p



4) Tingkatan 6

                               
kami sentiasa berempat...Alhamdulillah 
dari kiri : aku, ija, tikah, kirah 



ramai lagi tapi ada yang tak mai..masa raya..hehe 




kelas 6A3,suka gosip,makan nasik lemak dan suka buat bising..hahhahaha



5) Giatmara 


ramai lagi,tapi aku tak da gambar yang lain.sangat happening belajar dekat sini. :P


Lepas Stpm,sementara nak tunggu keputusan tu aku masuk Giatmara tau.Nak kerja tapi Abah aku tak bagi jadi aku masuk je lah walaupun aku tak minat menjahit.Ingat senang ke nak masuk sini ada sesi temuduga jugak tau uollss.Nasib aku terpilih dari beratus-ratus orang yg datang hari tu.Kira aku bertuah lah yea.heee.Dulu aku nak jahit seluar aku yang koyak pun aku tak pandai,tapi sekarang bukan setakat seluar,buat baju sendiri pun aku pandai.Apa?tak percaya eh ! Oke,nah tengok gambar baju aku jahit sendiri.



ni baju kanak-kanak





Dari baju kanak-kanak sampai lah baju lelaki kami belajar,dan aku berjaya hasilkannya tau.Aku pakai baju buat sendiri masa semester 1,mesti korang tak perasan kan.oke tak pe..=.=



aku pakai baju buat sendiri masa ni pergi konvokesyen Giatmara.#dapat sijil.
bersama kak minah.


6) UPM



kawan masa semester 1.hehe masing-masing muka excited. #masa ni aku slim lgi.=.=

atas : siti, sikin
bawah : aku, aini, liza


KAMI 4 sekawan.dari mula sampai lah penghujung mereka setia.:)
dari kiri : aku, husna, uni, umi 

Bermasam muka,terkecil hati.Itu perkara normal dalam persahabatan.Barulah penuh dengan warna warni.Yang bestnya kami semua dari KEDAH.hahaha..tak payah nak speaking keyell.hahaha.Eleyy kalau dengan orang lain pun,aku cakap bedal je,nasib ko lah paham ke tak..:P





ni lah kawan aku di sini..meriahkan kami..hehehe

7) Hotel 



Ni geng-geng hotel,yang pakai baju  jalur jangan main2,manager tu..bos besar.
dari kiri : loqman,ean, rihana, aku, roy 

Kami suka berjalan,makan angin.Banyak tempat dah kami pergi kat Malaysia ni.Yang pakai baju putih 2 orang tu,dorang dari Medan,Indon.Insyaallah,akan ku keliling dunia macam Dr.Notts.hee.




Kali ni aku titipkan entri dengan gambar je sebab kalau nak cerita sampai ke esok pun belum tentu habis.Kawan dan sahabat adalah satu benda yang sama sebab mereka bernyawa.:P..hehe bukanlah,maksud aku kita jangan bezakan siapa yg hadir dulu dalam hidup kita.Jika kita berkawan dengan seikhlas hati,nescaya persahabatan itu akan kekal selamanya.


Ada kawan boleh membawa kita kearah kebaikan dan juga keburukan.Jadi pilihlah kawan sebaiknya agar tidak membinasakan diri.Ikhlaskan hati,sucikan diri. Semoga bertemu jodoh.:P






p/s : Kalau siapa yg tak da gambar dalam ni jangan lah terasa pulak.Aku sayang semua kawan-kawan aku. 3 jam buat entri kali ni..argghh.. =.= #pengsan.