Thursday 4 April 2013

Video 1 Shoot UPM

Assalamualaikum...

Gigih tak gigih lah kan,sampai update blog setiap 2 minit.=.=
Sebenarnya aku ambik kesempatan memandangkan tengah rajin ni kan,kalau dah malas memang tak boleh buat apa dah.Sampai bersawang blog ni ha.Oke,berbalik kepada entri sebelum ni aku ada cakap nak cerita mengenai 1 shoot video kan.Apa?tak percaya?Jangan nak buat muka sangat lah kan,memang betul aku menari uolss.gelak lah,aku tak kisah pun. :)

Apa yang kami kena buat ialah pilih sebuah lagu,tak kisah lah lagu melayu ke omputih ke korea ke.Nak je aku ambik lagu korea,tapi tak reti.Oke,sabar jelah =.= Kami kena menari dan mimik muka. Ingat senangkan ke,sebatang pokok ni nak menari yang sebelum ni tak pernah menari,walaupun masa sekolah dulu pernah lah sikit-sikit.Biasalah dah lama,jadi keras kot.Dan bila sudah siap rakam kami kena upload di youtube.weeeee,malu kot.Apa ingat aku suka-suka hati je syok sendiri nak upload di youtube tu,malu oke.

*****************************************************

Alkisahnya,bermula pada hari sabtu memandangkan kami dapat tugasan hari rabu.Masing-masing memikirkan lagu apa nak menari dan gaya apa yang buat.Arrghh,serabut betul masa tu.Dan secara kebetulan aku suka dengar Suriafm,setiap masa jadi semua lagu aku tahulah,maka aku cadangkan lagu Hazama.Tapi aku bukan guna kuasa veto aku sebagai ketua kumpulan oke,hehe,semua berhak mengutarakan pendapat masing-masing.Chatbox aku berbunyi.Maknanya ada orang hantar pesanan kan.Shikin rupanya.Dia cadangkan lagu Sayang oleh Shae. Setelah aku tengok kembali macam best je lagu ni,dan aku putuskan ambil lagu ni jelah,memandangkan tiada yang membantah.Mungkin semua setuju.

Sabtu,lepas zohor bermulalah latihan menari kami.hehe.Adus,kekok rasanya.Masing-masing tak pandai,biasalah semuanya pertama kali nak menari ni.hehe.Mulanya memang malu-malu mak jemah,lama-lama dah penat tak da masa nak malu dah.Sampai nak magrib kami berlatih di bilik Shikin.Kami ambil senam aerobik sebagai latihan nak menari,hehe kan senang sikit.Sambil menari boleh jaga badan dan kesihatan sama.:).Masing-masing berlatih di bilik sendiri tapi aku diminta oleh Shikin untuk mengajar dia menari.Ececee,macam kau pro je kan,lalalala :P.Kami berlatih berdua sampai pukul 2 pagi.Hoho,penat tapi best.Sambil gelak ketawa.

Setelah dijanjikan esoknya,hari ahad kami perlu rakam.Kami rakam di Dewan Putra 2.Nasiblah tak ada orang dalam dewan tu,fuhh,selamat.Boleh lah kami menari dengan aksi bebas.hehe.Tahu tak berapa video yang kami rakam sehingga jadinya video sekarang? 22 video oke..haa,jangan main-main.Kami menari sungguh-sungguh dah walaupun orang nampak kami macam bersenam .hehe.Kali yang ke-22 barulah jadi dan rasa sesuai nak dimasukkan di youtube.Penat?memang tak payah nak cakap lah,berpeluh macam mandi je. =.=

Pabila sudah siap lebih kurang 2 jam,kami kena edit nak letak nama ahli dan credit.Alamak! kami masing-masing tak pandai edit movie maker.Nasiblah ada roomate Husna,Arelong Syidah yang tolong edit bagi nampak cantik video kami.(terima kasih along)Hehehe.Nak tengok tak cover album single terbaru kami,terdapat dipasaran oke.pergilah cari.:)



ada gaya artis tak hehe..:P

Sesiapa tak tengok lagi video kumpulan aku?Ermm,nak kena ni penat tau aku buat promosi.Jom,jom tengok di youtube.


Apa Mesej ??

-Apa yang aku dapat daripada menghasilkan video 1 shoot sendiri ialah keyakinan.Yea,kita kena yakin yang kita boleh lakukan walaupun pada mulanya masing-masing macam memberontak lah kan.Tapi akhirnya seronok pula nak menari sambil ada yang terbawa-bawa dalam tidur.sape ek..heheh. 

-Tahan telinga.Aku bukan gedik! Haa,ambik kau.Ada juga lah suara kan aku dengar,ingat kami ni tak da keja lain yea nak buat.Untuk pengetahuan semua,kami buat video 1 shoot ini adalah untuk memenuhi tugasan BBM3410:Bahasa dalam Multimedia.WAJIB.Ha,memandangkan aku ni pelajar semester akhir jadi nak tak nak kena ambik lah,kalau tak,jawabnya tak grad lah kau.

-Hilang tekanan.Yea,betul.walaupun nampak macam sukar nak lakukan tapi serius aku cakap sangat gembira,sebab selalu sangat ada asggment menulis je kan,sekali-sekala tukar lah pula.

-Buang perasaan malu.Pada mulanya semua nampak malu-malu je kan.yelah pertama kali kot.Tapi pabila banyak kali dah buat tak jadi juga,kenalah buang perasaan malu dan menari dengan aksi yang ikhlas.cecece.

-Promosi.Yelah,bila dah siap semuanya kena lah buat promosi sikit nanti tak ada orang nak tengok pulak kan.Penat,penat aku menari macam tak ada penghargaan jika orang tak menyaksikan.kan kan..bajet nyer..:P. Alhamdulilah,dah 412 view orang tengok dan 15 like.hehe.Mestilah gembira uolss.

-Kerjasama.Yang ni sangatlah penting sekali.Sebab apa?sebab kalau tak ada kerjasama dari setiap ahli kumpulan maka tak siaplah video Cempaka Sari tu.Masing-masing kena ada peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.



Terima kasih kepada Prof Madya Dr.Normaliza Abd.Rahim kerana memberi pengalaman yang baharu kepada saya. :)





p/s : tunggu tugasan seterusnya video seram dari aku..woooo..^^