Wednesday 15 May 2013

BBM 3410 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.Hari ni cuaca mendung je tapi belum tentu hujan akan turun membasahi bumi.Rasanya sudah lama aku tak update entri kan,maaf lah aku memberi fokus pada Tesis aku dan akhirnya jeng..jeng.. Alhamdulilah dah siap semuanya.Lega rasanya beban di bahu aku ni.Memandang hari ni hari Jumaat yang mulia,maka aku tekadkan hati nak update semua entri yang aku dah ketinggalan sebelum ni.Terimalah.hehehe..

Tugasan Video Tanpa Wajah ini aku terima pada 17/4/2013 yang lepas.Maka korang kiralah berapa hari aku buat pekasam.=.=
Selepas video seram hari tu,ramai kawan-kawan aku yang tanya dah tak da video baru ke?eh kenapa ? Jadi bagi menjawab persoalan-persoalan yang terbuku di minda kawan-kawan,maka aku umumkan bahawa ada video baru iaitu Video Tanpa Wajah.Kali ini tugasan kami tidak perlu nak tampil dengan wajah, mimik muka ke apa,kami hanya perlu fokuskan pada satu benda ja.Jadi kumpulan aku sebulat suara memilih tangan sebagai watak utama dalam video ini.

Dalam pembikinan video ini lokasi yang kami pilih ialah semestinya di bilik Sikin.Biasalah tempat yang mudah untuk kami semua berkumpul.Disebabkan pada sebelah siang masing-masing sibuk dengan kuliah,maka kami pilih untuk rakam video ini pada sebelah malam.Sebelum nak mula rakam,kami terlebih dahulu buat prop.Ha,itu sangat penting ya tuan-tuan dan puan-puan sekali.Nak tahu tak tajuk cerita kami.hehehe.Air Tangan Isteri.Ha,kemain kan sejak dua menjak ni cerita pasal kawen je.huhuhu.

Kami buat peralatan dapur menggunakan kertas.Ingat senang ke,pada mulanya agak sukar bagi aku sebab dulu masa sekolah rajin juga buat,tapi dah besar gini dah lupa semua.Jadi Sikin lah ketua mengajar aku buat bakul,besen daripada kertas.Selesai buat prop seterusnya Husna cari latar belakang dari internet.Latar belakang ni macam nak bagi cantikan lagi video kami nanti.Agak-agak korang siapa yang melakonkan watak suami dan isteri ni.?teka lah..teka lah..heee.

Pelakon dalam video ni ialah aku dan Umi.hehe.Aku sebagai isteri yang menyambut suami iaitu Umi, pulang dari kerja.Sweet kan suami isteri ni.Sebelum suami pulang isteri mestilah masak dulu,kemas rumah dan tunggu kepulangan suami tercinta.Itulah dinamakan isteri solehah.

Apa mesej yang kami, Cempaka Sari ingin sampaikan ?


  • Sebagai seorang isteri wajib mentaati perintah suami sebab syurga isteri pada suami.Tak perlu berhias di luar kerana perkara yang perlu dilakukan hanya berhias untuk suami.

  • Air tangan isteri pengikat kasih sayang rumah tangga.Kalau isteri malas masak,dan suami perlu makan di kedai mamak je,lama-lama suami akan naik bosan dan boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan.

  • Tugas seorang isteri amat mudah,hanya perlu melayan suami tetapi disebabkan hati seorang wanita ini amat lembut semua kerja dirumah seperti masak dan mengemas pun dilakukan.Tapi jangan mengeluh kerana Pahala sedia menanti para isteri.

  • Wanita dijadikan cukup sempurna dan istimewa. Mereka tidak akan dibiarkan keseorangan jadi sebagai pelengkap hidup mereka memerlukan seorang lelaki yang bernama suami sebagai pembimbing.Jadi rebutlah peluang untuk menjadi isteri yang solehah.



Bagi sesiapa yang tak tengok lagi video ini boleh lah klik di link yang ada di bawah.









Semoga semua terhibur,terima kasih.Sehingga ketemua lagi. :D