Monday 22 April 2013

AWAS! Lelaki Gila Sexs

Assalamualaikum...

Semalam aku keluar jalan-jalan pergi Mines,yelah paling dekat dengan Upm ni ha,malas nak jalan jauh.Keluar pun dah lewat dalam pukul 3petang gitu.Sebenarnya tak rancang pun nak pergi,tiba-tiba je mood datang nak keluar amik angin katakan.kehkehkeh.Pergi pun sebab nak tenangkan fikiran disebalik kerja yang bertimbun.Penat buat kerja,jadi beri penghargaan sikit kat diri dengan bawa diri jejalan.ahakkss.Motif dalam fikiran aku masa tu nak makan Kfc jer,tapi disebabkan hawa nafsu yang menghasut maka aku pun tertengok Hantu Raya Tok Chai.haha.Best la juga,komedi seram.Aku tengok sorang-sorang je,tapi tak lah beli seat sampai 3.haha kang cakap aku ni forever alone pulak. =.=

Lepas habis tengok wayang dalam pukul 5petang,aku pun apa lagi window shopping lah.Jalan sorang-sorang macam tak best juga kan,kita perasan macam orang pandang kita semacam je.Ahh! biar jelah kan.Aku masuk kedai satu per satu,biasalah hobi kan..lalalala.eley korang pun dah nama perempuan aci potong jari lah kalau tak buat macam ni kan.Oke,bila dah penat pusing-pusing,makan pun sudah maka jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7malam.Jadi aku ambil keputusan nak balik nanti bila lewat sangat takut pulak nak jalan ke tempat tunggu bas tu.

Disebabkan aku nak makan nasi goreng ayam yang sedap kat Ktm tu,maka aku kena seberang ke sana.Dah siap oder apa semua,jam dalam pukul 7.45 aku seberang balik ke stesen bas yang tadi pula.Dalam melalui jejantas atas ni sunyi je tapi ada sorang kakak dalam usia 30an dekat depan aku.Kira berani sikitlah aku ni.Dan kebetulan dekat belakang aku ada pasangan couple.Aku pun jalan dengan berkeyakinan walaupun dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu,macam-macam yang aku fikir tau.Dan bila dah sampai di tengah-tengah jejantas ni pasangan couple tadi potong aku.Jadi tinggal lah aku dan kakak tu tadi.Aku ada terperasan yang ada sorang mamat ni dok ulang-alik je apasal ni.Macam pelik lah pulak.Aku pun buat tak tahu je,tapi tiba-tiba...

Dengan tanpa segan silu dia bukak tali pinggang.hah! sudah.aku fikir benda pelik nak berlaku ni.Dalam sekelip mata,kakak tu tadi menjerit aku apa lagi lari lah sekuat hati yang boleh.#macam masuk acara lari 100meter.hee.Jantung masa ni jangan nak cakap lah,pam laju giler.Sampai je dekat tempat tunggu bas ni,nasib ramai orang,baru boleh tarik nafas lega.Tapi aku perhati mamat tadi dari jauh,aku nampak di kehulu kehilir atas jejantas tu.Macam mimpi ngeri jer berlaku dalam seumur hidup aku.Seram sejuk dibuatnya.Tak lama kemudian,bas Upm pun sampai.

Aku rasa mamat tadi bukan orang Malaysia,orang asing.Kalau lah aku sorang yang jalan dekat atas tu,macam mana lah kan.eeee seramnya aku.Takut!Mujur Allah selamatkan aku.Syukur sangat-sangat aku selamat.Orang cakap punca berlakunya rogol disebabkan oleh pemakaian seseorang.#aku terbaca dalam artikel. Tapi aku pakai dress labuh.Pelik juga.Mungkin mamat tu memang gila sexs kot.ishh.Dah nama pun lelaki kan,bernafsukan binatang lah.

Meh aku nak kongsikan cara nak elak lelaki gila sexs :

  • Pakaian - walaupun aku cakap tadi aku pakai dress,tapi tak mustahil sebab dah nama pun lelaki,dorang nampak kita perempuan ni sama je.Jadi adik,kakak di luar sana pastikan pakaian yang kita pakai tidak terlalu menjolok mata.
  • Teman - sila pastikan kemana kita pergi pastikan berteman.Jangan jalan sorang diri,tambah pula dekat kawasan yang gelap dan tak ada orang.
  • Alat keselamatan - alat ni contohnya macam korang bawak perfume yang spray tu ke,payung,kasut tumit tinggi pun boleh guna di saat kecemasan.
  • Tenaga - macam aku buat tu,lari.Ha,jangan nak tunggu dekat situ pulak,larilah sekuat hati atau pun jerit minta pertolongan sapa-sapa.
  • Pertahanan diri - kalau boleh belajarlah teknik pertahanan diri seperti taekwando,silat.Yang penting kita boleh pertahankan diri kita walau dimana sahaja. #aku xsempat belajar habis,cikgu taekwando mati telan kapur barus.kekeke

Hidup di kota yang penuh mencabar ni macam-macam boleh berlaku.Jadi kita sebagai seorang yang bergelar gadis dan wanita haruslah pandai jaga diri,dekat mana-mana jenayah boleh berlaku.Jangan jadikan kita mangsa rakus mereka.Pertahankan hak kita sebagai seorang wanita.Boleh juga kemukakan aduan dan buat laporan di pejabat polis yang berdekatan.Wanita,kita semua harus bangkit menentang mereka yang zalim.Ayuh! #semangat betul aku,macam pilihan raya khas wanita..yuhuuu


Moga apa yang aku kongsikan ini dapat memberi sedikit info berguna kepada wanita diluar sana.Jaga diri yea.^^




google image : jom pelajari teknik pertahanan diri




Terima kasih sudi baca,sehingga ketemu lagi. :D