Friday 21 February 2014

Kronologi Cinta

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan bicara moleklah jika kita sedekahkan al-fatihah kepada teman sepengajian aku di Upm,Nur Izzati Nawawi yang telah kembali kepada sang penciptaNya pada awal Februari 2014.Moga rohnya dicucuri rahmat,takziah kepada ahli keluarganya.

******************************************************

Walaupun dah masuk bulan dua,tak terlepas juga aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014.Moga impian yang dibina akan terlaksa.Tahun ni aku azam nak turunkan berat badan.Tekanan perasaan tau pabila orang asyik cakap "gemuknya ziela", "awat nampak berisi sekarang", paling tak tahan sekali "sihat noh lani,dah kawen kot". -_- . Jadi kesimpulannya aku harus turunkan juga lah kan.Kenal tak dengan Cik Epal blogger terkenal tu,ha dia kurus tau sekarang,cantik sangat.Rahsia dia hanya amalkan pemakanan yang sihat dan rajin bersenam.Tunggu apa lagi kan ziela.errr...

Sebenarnya kali ni aku nak cerita sikit kronologi selepas habis belajar.Apa?? ha,yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian aku dah habis belajar dekat Upm tu.Kisah aku selepas jejak kaki keluar dari pintu pagar besar kolej.haa gitu.kehkeh 

1) Aidilfitri 

Aku skip terus bulan 8,iaitu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.Rasa macam istimewa sikit sebab aku dah habis belajar kan,konon tenang lah sangat kan.Istimewanya sebab tahun ni aku beraya bersama enam sahabat baik aku masa sekolah rendah dulu,kira semua ada lah kan.Bukan senang nak berkumpul semua biasalah dah besar sekarang masing-masing dah ada komitmen.Jom tengok gambar kami.Makin dah dewasa kini,makin cantik kawan-kawan aku.Heeee



dari kiri : aku,diana,ija + anak nakan dia,wana 





dari kiri : shahila, ija , diana, aku 



dari kiri : ifah, diana, ija, aku, shahila, wana 



2) Pertunangan Farhana 

Kisah yang penting seterusnya ialah majlis pertunangan sahabat baik aku dari kecik lagi,sama-sama masuk Pasti.Gembira sangat bila tau dia dah nak tunang.Rumah kami dekat je,jiran sebelah rumah aku tapi sekarang dia dah pindah ke Kulim masa sekolah menengah lagi.I'm happy for you dear. :)



ija suka menyelit dekat belakang.;p



dari kiri : aku, ija, ana 
kami bertiga dah berkawan dari dalam perut,kehkeh. ;p 



secara rasminya ana sudah jadi tunangan orang. :)



p/s : Ana,aku doa hang sihat dan dipermudahkan urusan semuanya.Moga nanti jadi isteri yang solehah taat pada suami.Kecapi kebahagiaan hingga ke Jannah.Aku sayang hang sangat.


3) Hari Jubah

27/10/2013 adalah hari yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu Hari Jubah aku.Hadiah buat mak,abah dan adik-adik.Tengok gambar sekeping dulu,preview lah gitu katakan.hehe.Nanti aku update full hari jubah punya.




dapat sejambak bunga.hehe



4) Kemasukan Uitm 

Selesai majlis konvokesyen aku,seterusnya aku terus galas tugas sebagai kakak untuk uruskan hal kemasukan adik aku si Kuku Cawan  ke Uitm.Alhamdulillah adik aku yang number tiga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Uitm,Arau.



ni lah adik aku, nampak sebaya je kan.hehe

Mesej buatmu : 

Kak long sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik.Dulu kakcik selalu mengeluh kenapalah Allah belum tunaikan impian yang kakcik minta.Tapi percayalah Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya.Jangan tertekan jika dirimu berada pada saat yang getir.Yea,kak tahu bidang kakcik amat susah,bidang sains yang mana matapelajarannya biologi,kimia dan matematik.Itu kak tak dapat sangkalkan lagi betapa sukarnya kakcik hadapai.Namun percayalah kakcik,kuatkan semangat jangan sesekali mudah mengalah,dengan usaha yang gigih kak yakin kakcik mampu lakukannya.Buat yang terbaik supaya dapat biasiswa dan terus sambung Degree selama 2tahun saja macam kak Shahila,kawan kak dan target umur 23 sudah ada Ijazah dalam tangan.All the best my lil sister. :)


5) Tawaran Master

Alhamdulillah.Permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi diluluskan.Dimana aku buat ? sudah semestinya di Upm juga.Aku memilih untuk belajar sambil bekerja sebagai research assistant,bekerja dengan pensyarah.I wish my dream come true,i hope that.Tiada yang mustahil untuk berjaya melainkan dengan usaha yang gigih.

Itulah sedikit sebanyak kronologi sepanjang habisnya pengajian aku hingga masuk ke tahun baru 2014.Moga hidup kita sentiasa dibawah redha Yang Maha Esa.Amin.




Terima kasih,jumpa lagi. :D