Wednesday 27 March 2013

Asas Grafik dan Fotografi

Assalamualaikum...

Nak dijadikan cerita hari ni Dr.Notts nak cek blog dengan twitter sebab ada juga manusia yang tak buat.Amboi degil yea,nanti kena cubit baru tau.hehehe.Baru aku perasan yang aku tak cerita pun kan pasal kerja minggu-minggu lepas.SEE,nampak ada kerja tapi aku tak update,padahal dah janji kan.ermm maaflah,aku sibuk.buat-buat sibuk tapi sempat layan runningman.=.=

Meh ler kita belajar asas grafik ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Dia ada 5 asas yang kita perlu tahu iaitu :


  • Mudah-memahami konsep grafik
  • Keseimbangan-dari atas ke bawah dan kiri ke kanan
  • Kesesuaian-sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan
  • Warna-warna yang sesuai dengan grafik
  • Teks-saiz dan jenis font serta mesej yang ingin disampaikan


Aku lampirkan gambar sebagai bukti aku dan kumpulan buat.Tak main lah tipu-tipu gini.Terimalah...



nampak tak kumpulan aku yg dalam kotak merah tu.hehehe #semua gigih


gigih aku cakap sampai tak perasan umi amik gmbar


tadaaa,dah ciap pun.cantik tak...pink gitu..;p

dan
.
.
.
.
.
.


Minggu lepas kami belajar buat 3 jenis shoot tau.Wooooo...tetiba je rasa macam diri ini photogfer terkenal.hehe.Bukan senang tau,kena buat pelbagai emosi,tahu lah aku ni kan spesies pemalu..:p awww.awww mcm nak makan seliper je kan..

  1. Mug shoot- ambil gambar muka,bawah dagu
  2. Medium shoot-pinggang ke atas
  3. Full shoot- ada keseimbangan

Pelbagai emosi yang kami buat.Nah saksikan emosi yang tak berapa nak emosi sangat lah kan.hehehe..





1) mug shoot (sikin)        -emosi senyum nampak gigi
2) medium shoot (husna) - emosi tak puas hati jek..
3) medium shoot (aku)    -emosi tekanan perasaan :P hehe
4) full shoot(uni)              -emosi lihatlah mukaku yg ayu ni..hhehe
5) full shoot (umi)            -emosi gelak bagi ikhlas..:P



Kehadapan semua,maaf lah entri kali ni aku hanya fokuskan pada 2 benda je sebab aku dah buat pekasam dah lama.Dah janji tapi tak update pun.Oke,lepas ni aku akan rajinkan diri seperti selalu yea.tata.

Sehingga ketemu lagi. :D

Wednesday 20 March 2013

Emosi Tak Stabil

Assalamualaikum...

Boleh pulak kan aku taip,padahal tak sedar diri besok ada exam. =.= Ntah kenapa ye emosi aku hari ni macam tak betol je,nak nangis tapi tak kuar air mata pun.Pelik! Rasa sebak,sayu,kecewa semua bercampur jadi satu.Serba tak kena pun ada.Adakah sebab hormon tumbesaran?Aku nak besar ke?tinggi tak pe la jugak...

"Perpisahan bukan kesedihan,tapi kebahagiaan".

Ayat dari Dr.Falsafah aku.sangat mendalam kan maksudnya.Jangan mengalirkan air mata kita yang berharga hanya kerana benda yang remeh.Sia-sia je kan.

Oke,dah aku nak hafal esok esei ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Kalau tak hafal,alamatnya hantar kertas kosong ler.Markah pun O.heee.Tata.


Tuesday 19 March 2013

Entri Bergambar / Kawan

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari kelas,hari ni ada exam.fuhh!lega selesai 1 masih berbaki 1 je lagi.Semester ni aku banyak amali je,exam tak da cuma tunggu final je nanti.Setelah digembar- gemburkan cakap nak buat entri bergambar ni bapapuluhkali dah kan,tapi tak jugak buat.=.= maaflah.aku sibuk dengan Fyp aku,alhamdulillah bab 4 aku diterima Dr.Raja.Happy tak ?? gilerr kau tak happy.hahah..Memandangkan aku rajin jalan sorang-sorang..ha?xda kawan ke?oh! forever alone...kesian..=.=

Eh,tak..tak..aku ada kawan lah.Cuma aku je suka jalan sorang sebab kelas tak sama dengan yg lain.Jadi sebab tu lah nampak aku sentiasa kesorangan. #eleyyy,nak emo lebih-lebih apasal.

Aku nak cerita sikit pasal kawan-kawan aku,ramai tau.Yang penting lebih dari 1.hahaha.Aku sangat suka berkawan.Tak kira lah siapa latar belakang dia kan,dia gemuk ke,kurus ke,cantik ke,huduh ke.aku tetap kawan.Sebab bagi aku kalau nak berkawan kenapa perlu pilih 'bulu'?yang penting hati kita ikhlas tau.Barulah persahabatan yang kita bina akan berkekalan.Tapi kalau aku ke sesuatu tempat yg baru,aku takut tau.Aku takut tak da orang nak kawan dengan aku.Sedih tau.Eh, pulak! Jom kita tengok siapa kawan-kawan aku.Terjah! hehehe (macam melodi pulak!:p)

1) Tadika (PASTI)



mekja dan mekna..heheh..;p

Kami kawan dari Pasti lagi tau.Aku umur 4 tahun dah blaja tau.Rumah kami dekat je,lepas balik sekolah selalu je main tuju kasut.hahah..Alhamdulillah,sampai sekarang kami masih berkawan.Apa rahsianya?kalau ada salah faham,cepat-cepat bersua muka,jangan pendam dan akhirnya kurangnya rasa sayang dalam persahabatan.

2) Sekolah Rendah


gamak ye tangkap tanpa aku..=.=,(haha sory,masa ni aku diluar kawasan :P,bz

Kami kawan dari darjah 1 dan sampailah sekarang.Walaupun masing-masing dah kerja dan ada juga yg masih belajar macam aku ni namun kami tak pernah lupa.Setiap kali raya pasti ketemu.Alhamdullilah,jodoh kami masih panjang.Semua masih single oke,belum berkahwin.hehe.Antara kami sapa kawen dulu?hahaha.tettttt..



hai ifah,sory aku amik gambaq ang tanpa kebenaran..heee ;p

Ni sorang lagi kawan aku masa darjah 1 sampai lah tingkatan 3 tau.Lepas tu aku pindah teknik kami dah jarang,namun tak membantutkan lagi persahabatan kami.Kami 6 orang ni adalah satu geng tau.hehe cikgu-cikgu panggil 6 Jahanam.Sebabnya kami suka cakap banyak dan buat kecoh dekat sekolah.haha.:p

3) Teknik


masa dekat rumah farahen,sebelum balik snap dulu..;p
dari kiri : yus, kirah, aimi, imah, izaty




kawan aku aisah dah kawen dia,sama cantik sama padan





G-ha,dorm skali fom 4,sampai skarang tau.ni dekat padang besar.#shopping ler.hee





MIMI,kawan baik aku dari asrama sampai sekrg..aku rajin tido umah dia..kekeke..# i curik gmbo u..;p



4) Tingkatan 6

                               
kami sentiasa berempat...Alhamdulillah 
dari kiri : aku, ija, tikah, kirah 



ramai lagi tapi ada yang tak mai..masa raya..hehe 




kelas 6A3,suka gosip,makan nasik lemak dan suka buat bising..hahhahaha



5) Giatmara 


ramai lagi,tapi aku tak da gambar yang lain.sangat happening belajar dekat sini. :P


Lepas Stpm,sementara nak tunggu keputusan tu aku masuk Giatmara tau.Nak kerja tapi Abah aku tak bagi jadi aku masuk je lah walaupun aku tak minat menjahit.Ingat senang ke nak masuk sini ada sesi temuduga jugak tau uollss.Nasib aku terpilih dari beratus-ratus orang yg datang hari tu.Kira aku bertuah lah yea.heee.Dulu aku nak jahit seluar aku yang koyak pun aku tak pandai,tapi sekarang bukan setakat seluar,buat baju sendiri pun aku pandai.Apa?tak percaya eh ! Oke,nah tengok gambar baju aku jahit sendiri.



ni baju kanak-kanak





Dari baju kanak-kanak sampai lah baju lelaki kami belajar,dan aku berjaya hasilkannya tau.Aku pakai baju buat sendiri masa semester 1,mesti korang tak perasan kan.oke tak pe..=.=



aku pakai baju buat sendiri masa ni pergi konvokesyen Giatmara.#dapat sijil.
bersama kak minah.


6) UPM



kawan masa semester 1.hehe masing-masing muka excited. #masa ni aku slim lgi.=.=

atas : siti, sikin
bawah : aku, aini, liza


KAMI 4 sekawan.dari mula sampai lah penghujung mereka setia.:)
dari kiri : aku, husna, uni, umi 

Bermasam muka,terkecil hati.Itu perkara normal dalam persahabatan.Barulah penuh dengan warna warni.Yang bestnya kami semua dari KEDAH.hahaha..tak payah nak speaking keyell.hahaha.Eleyy kalau dengan orang lain pun,aku cakap bedal je,nasib ko lah paham ke tak..:P





ni lah kawan aku di sini..meriahkan kami..hehehe

7) Hotel 



Ni geng-geng hotel,yang pakai baju  jalur jangan main2,manager tu..bos besar.
dari kiri : loqman,ean, rihana, aku, roy 

Kami suka berjalan,makan angin.Banyak tempat dah kami pergi kat Malaysia ni.Yang pakai baju putih 2 orang tu,dorang dari Medan,Indon.Insyaallah,akan ku keliling dunia macam Dr.Notts.hee.




Kali ni aku titipkan entri dengan gambar je sebab kalau nak cerita sampai ke esok pun belum tentu habis.Kawan dan sahabat adalah satu benda yang sama sebab mereka bernyawa.:P..hehe bukanlah,maksud aku kita jangan bezakan siapa yg hadir dulu dalam hidup kita.Jika kita berkawan dengan seikhlas hati,nescaya persahabatan itu akan kekal selamanya.


Ada kawan boleh membawa kita kearah kebaikan dan juga keburukan.Jadi pilihlah kawan sebaiknya agar tidak membinasakan diri.Ikhlaskan hati,sucikan diri. Semoga bertemu jodoh.:P






p/s : Kalau siapa yg tak da gambar dalam ni jangan lah terasa pulak.Aku sayang semua kawan-kawan aku. 3 jam buat entri kali ni..argghh.. =.= #pengsan.
















Sunday 17 March 2013

Jangan Perlekeh Budak STPM

Assalamualaikum...

Makan bihun sup petang cenggini memang sedap,lepas tu tarik selimut,ermm kirim salam la sampai ke korea dah.hehe.Disebabkan aku tak nak tido jadi aku tulislah blog ni.Sebab mengikut kajian mengatakan kita tak boleh tido selepas asar,berkemungkinan akan menghadapi masalah mental.Jadi tongkat lah mata anda semua dengan mancis oke.hehe.Alhamdulillah,laptop aku dah kembali sembuh sedia kala dengan pertolongan adik junior budak komputer.Aku format dekat pakcik yang kawan-kawan aku cakap dekat K13,tapi hampeh dia format ke tak tahu lah aku.Semua benda dia tak install,rrr..geram sangat melayang duit aku RM90 tau.sabar jelah. =.=

Apa yang aku nak cerita hari ni mengenai pengalaman aku sendiri.Ermmm,pengalaman ko lagi senah?adusss.haha.aku suka kaitkan benda dengan pengalaman sebab boleh menjadi landasan supaya jangan ulangi perkara 2 kali.wahh gitu.Cerita dia bermula selepas aku dapat keputusan SPM .jeng..jeng..jeng...

*****************************************************

Aku serba salah selepas mendapat tawaran ke Politeknik Kulim untuk sambung di peringkat Diploma dalam bidang Perakaunan.Tapi masa tu aku dah masuk ke Tingkatan 6.Nak pergi ke tak nak?nak ke tak ?Tension pun ada tau,kalau pergi hospital komfom kena tahan sebab darah tinggi naik.hahaha.Setelah buat solat minta petunjuk akhirnya aku lepaskan tawaran ke sana dan terus fokus ke Tingkatan 6.Semasa aku tingkatan 6 rendah aku ni suka hati je nak datang kelas ke tak nak,buat sekolah tu macam bapak aku punya ja.Sampai lah satu tahap aku dapat surat amaran dari sekolah sebab banyak sangat ponteng,nasib lah Ustaz Helmi guru kelas aku tu baik uolsss.hehe jadi nasib tak kena gantung sekolah.Beliau baik dengan kumpulan aku,sampai dia panggil aku strawberry sebab aku bawak beg merah strawberry,hehe.

Hidup aku waktu tu macam tak da arah tujuan je,serba benda aku buat tak kena.Penah sekali aku nekad nak berhenti belajar nak kerja ja dekat Baling sebab malas nak menyusahkan sapa-sapa.Mana tak nya tak da siapa pun yang bagi semangat dekat aku sebaik saja aku tolak tawaran ke Poli.Semua ahli keluarga marah dekat aku.Dorang cakap, siapa-siapa pun boleh amik stpm tu,nanti sijil dia tak laku pun. 2 minggu aku tak pergi kelas oke,hehe disebabkan terlampau tekanan. =.=

*****************************************************

Masuk tahun baru masuk lah aku ke tingkatan 6 atas,namun aku bukanlah aku yang dulu lagi,sekarang aku yang baru.Dengan azam dan impian yang menggunung aku gagahi jua.Aku nak buktikan pada semua,aku pun boleh berjaya macam orang lain.Aku tak nak pisang berbuah dua kali,sebab aku dapat keputusan Spm yang biasa-biasa tak dapat nak membanggakan keluarga.Mungkin aku terlampau aktif sampai tak seimbang dengan pelajaran.Tingkatan 6 aku hanya fokuskan pada pelajaran sebab utamanya adalah U.

Alhamdulliah dalam 6 atas,aku pernah dapat number 3 dalam ujian pertengahan kelas.Bagi orang memang nampak biasa,tapi bagi aku itu satu peningkatan,yelah masa 6 bawah aku selalu dapat number yang tercorot malu rasanya nak bagitau kawan-kawan.Ramai juga tegur dengan perubahan aku,sebab aku tak pernah ponteng sekolah oke.Haaa,jangan main-main..hehee,nasib tak da hadiah kerajinan kan,kalau tak mesti aku dapat.Setiap kali cikgu-cikgu masuk mengajar,semua akan bagi kata-kata semangat pada kami.Di situ lah aku sentiasa yakin bahawa masih ada peluang untuk mengecapi kejayaan.

Kakak praktikal mengajar masuk ke kelas aku,dia tanya pada semua orang apa tujuaan kami masuk T6?Masing-masing sebab nak berjaya la,nak balas jasa la,nak dapat 4principal la.Tapi bila sampai dekat aku.

Kakak Praktikal : Awak yang pakai beg merah,apa tujuan awak masuk T6 ni ?

Aku : Saya nak masuk Universiti. :)

Ye,itulah tujuaan aku sebenar.Aku jeles tengok kawan-kawan aku.Dorang masuk Poli,Uitm boleh pakai macam-macam baju.boleh tukar-tukar,tapi aku hanya boleh pakai baju sekolah.Tapi aku selalu pujuk diri ini supaya bersabar satu hari nanti masa dia akan tiba jua.

Masa di T6 atas aku sangat kuat study,eleyy,tipu lah nampak dekat kelas selalu bergosip,makan nasik lemak je banyak.heheh..Dekat rumah nampak tak ? Tak kan lah kita study dekat rumah nak hebohkan pulak dekat sekolah kan.Jadi bila habis sekolah,waktu malam aku study balik apa yang belajar dekat sekolah,supaya tak lupa.Tambah-tambah subjek Syariah yang kena hafal hadis dan ayat ahkam.banyak tau.sapa tak hafal habuan dia kena rotan dengan Ustaz Wahab lah.hehe. Aku masih ingat ada orang tanya aku,subjek Sejarah Spm dapat berapa? Aku cakap dapat D.wahh teruknya,boleh ke nak ambik Sejarah Stpm ni ? Aku hanya mampu diam seribu kata. 

*****************************************************

Sebelum aku bawak kereta ke sekolah,aku naik bas dulu,yelah masa tu tak dapat lesen lagi.hehe.Aku masih ingat lagi budak laki dalam bas cakap dekat kawan dia,tapi sambil perli aku.Belajar sampai sekolah teknik Sp,alih-alih masuk tingkatan 6 jugak. sampai sekarang aku dendam.ye memang salah kan tapi apa boleh buat sebab hati aku sangat terluka. =.= Lepas hari tu,aku dah tak nak naik bas,abah aku bagi aku bawak kereta ke sekolah,walaupun masa tu baru dapat L.hehehe

Aku pantang dicabar? ye memang.Aku tak suka orang perlekehkan aku.Aku akan buktikan aku pun boleh berjaya.Setelah 2 tahun,akhirnya keputusan diumumkan..jeng jeng jeng.....Alhamdullilah aku memperoleh keputusan yang cemerlang 3A1B+ (dapat top 10 sekolah). sayangnya Pengajian Am dapat B+,ampun cikgu Sobri.mungkin aku salah graf. =.= .Teruja?ya aku sangat teruja sampai tak boleh diucap dengan kata-kata.Pengorbanan aku selama ini membuahkan hasil.Aku telah membuka mata orang yang selama ni perlekehkan aku.


Untuk berjaya kita perlu:
-jaga hubungan dengan Allah
-jaga hubungan dengan Ibu Bapa
-jaga hubungan dengan sesama manusia. (kakak praktikal yg bgtau dan aku masih pegang dgn kata-kata ini)

Sebelum terlupa aku baru dapat berita yg kononnya dulu budak laki(perli aku) yang belajar di SMB dia jugak sekarang masuk Tingkatan 6.Kenapa tak masuk U terus dik ??

****************************************************

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga aku boleh berjaya sampai ke tahap ni.Berkat dorongan para guru,doa mak abah,usaha aku yg tak penah putus dan yg paling besar dengan izin dari Allah.Sesiapa yang berusaha pasti akan dapat.Allah tak akan mungkiri janji pada hambanya,jadi janganlah mudah putus asa.Setiap orang dilahirkan untuk berjaya,dan kita lah yang akan pilih jalan menujunya.Walaupun aku kecapi kejayaan dengan tempoh yang panjang (2tahun Stpm),syukur aku belajar percuma sebab ditaja oleh biasiswa (JPA).Syukur ya Allah.

p/s : Mesej yang aku nak sampaikan disini ialah,kita jangan lah sesekali perlekehkan orang lain.Jangan kita berasa diri kita sudah hebat langsung tak nampak kelemahan diri sendiri.Jika kita tunding jari dekat orang,4 lagi datang pada kita.Biar kita kayuh sampan perlahan untuk sampai ke muara,jangan dengan sebab riak naik kapal ditenggelami gelora.Buat adik-adik yang akan ketahui keputusan 20hb ni,tawakal dan redha dengan apa saja keputusan.Jika cemerlang alhamdulilah,jika kecundang janganlah putus asa.Terus bangkit!


Dr.Falsafah aku cakap,kita jangan terlampau gembira dengan kejayaan.Sebab jalan kejayaan masih panjang dan setiap insan itu perlu mencarinya.



Yang baik itu datang dari Allah,yang kurang itu dari diri aku sendiri.Wassalam. :)







Saturday 16 March 2013

Damba CintaMu

 Assalamualaikum...

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
ku sering melanggar laranganMu
dalam sedar atau pun tidak
ku sering meninggalkan suruhanMu
walau sedar aku milikMu.

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
bilakah diri ini akan kembali 
kepada fitrah sebenar
pagiku ingat petang ku alpa
begitulah silih berganti.

Oh Tuhanku kau pimpinlah diri ini
yang mendamba cintaMu
aku lemah aku jahil tanpa
pimpinan dari Mu
ku sering menangis keranaMu
kemudian ketawa semula.

Kau pengasih kau penyayang
Kau pengampun kepada hamba-hambaMu
selangkah ku kepadaMu
seribu langkah kau kepadaku.

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
aku takut kepadaMu ku harap jua padaMu
moga ku kan selamat dunia akhirat
seperti Rasul dan para Sahabat.



Amin.Salam Jumaat kepada semua.Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Friday 15 March 2013

Belajar Berdikari

Assalamualaikum...

Tadi pelbagai ujian menimpa aku,dah lah kena tipu dengan tokey kedai baiki komputer,dia cakap laptop aku kena buat apa tah,padahal aku nak install word dengan powerpoint je kot.Sabar je lah.Lepas tu,aku bawak laptop aku pergi Kolej 13 sebab kawan aku cakap dorang baiki bagus dan aku pun pergi lah.Masa aku pergi tu hujan renyai-renyai tapi aku gagahkan diri juga demi asimen yang menanti,kalau tak baiki nati kerja aku bertimbun-timbun ok.

    Lepas siap aku pun balik.Tapi masa balik hujan semakin lebat nasib lah aku bawak payung itu pun pinjam roomate punya sebab payung aku dah rosak.Dalam perjalanan balik tu,ada kereta mana tah aku tak perasan sangat amat lah kurang ajar dia bawak laju pulak tu,habis air dekat tepi jalan tu kena kat badan aku ni.Sabar jelah.Kalau aku dapat sapa tuan kereta tu,memang nahas lah dia.Huahaha..gengster kah kau ? :p

   Macam malang je nasib aku hari ni,sudah jatuh ditimpa tangga.Dalam hujan tu aku nangis siap-siap sebab nati kalu roomate perasan malu lah aku,tak cool nanti,Heee.Tapi aku pegang kata-kata ni bila aku ditimpa musibah :

Setiap ujian yang Allah bagi,pasti ada hikmahnya.Semakin Allah sayang kepada seseorang umatnya,semakin besar ujian buatnya.

****************************************************
Itu baru mukadimahnya yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Apa yang aku nak cakap pasal BERDIKARI ni ialah mengenai pengalaman aku sendiri.Asyik cerita pasal kau je jemah,,hak alohh rilex lah,dah blog aku mestilah tak kan cerita pasal Aaron Aziz lamar aku pulak kan..lalalalalala...sekadar imaginasi :P

Setelah aku dapat tawaran masuk ke Upm,orang pertama yang paling risau ialah abah aku.Apa yang dirisaunya aku pun tak faham.Sebenarnya aku pilih semua universiti yang jauh-jauh dari tempat aku.hee,sebabnya aku nak berdikari dan belajar duduk jauh dari keluarga.Yela lah dari sekolah,macam tak berkembang je otak aku ni asyik kawasan Kedah je,tak Baling,Sungai Petani.Itu pun kalau abah aku bagi keluar.Dengan dapat sambung belajar jauh ni aku pun pasang angan-angan konon-konon nak beraya atas bas lah kan.Ok,terpengaruh dengan drama.=.=

Masa pun telah tiba,ahli keluarga aku semua hantar aku dekat stesen bas Baling.Sedih,sebak,pilu macam-macam perasaan ada masa tu.Macam-macam mak aku pesan,suruh jaga diri,jangan tinggal sembahyang,pilih kawan yang baik,jangan cerewat makan, 
( hehe aku memilih sikit bab makan ni.) .Tepat pukul 9 pagi bas pun jalan.Masa ni bukan masa daftar yea,masa ni aku balik cuti 2 minggu sebab demam.hahaha.aku terlepas orentasi tau uollss.Abah aku yakin dan bagi aku naik bas sorang-sorang sebab kebetulan anak kawan dia ada belajar di Upm jugak,senior aku.Aku pun tumpang berani la,ni merupakan kali pertama aku pergi jauh sorang diri tanpa keluarga.

Namun,ia bukan lah indah seperti yang aku bayangkan.Sampai je di Duta,kami naik bas ke Pudu Sentral,aku la tarik beg yang besar sorang-sorang.Dorang tinggal aku.Sedih.Aku macam nak meraung je dekat situ biar semua menyaksikan kejadian itu.Itu lah pertama kali yang berlaku dalam hidup aku.Memang tak dapat bayangkan.Aku gadis kampung yang tak tahu apa-apa,naif.Mereka telah musnahkan kepercayaan abah aku.Aku balik kolej kediaman sorang diri.Aku tanya siapa saja ada dekat situ jalan nak balik.Sampai bilik aku menangis sepuasnya.Dan terus aku tak percayakan siapa-siapa.

*****************************************************
Selepas kejadian itu,ia menjadikan aku seorang yang berani.Aku pergi kelas sorang-sorang,kebetulan aku tidak punya kawan lagi,almaklumlah aku kan tak da orentasi,jadi aku tak kenal la sape cosmet aku.hehe.Semester 1 paling mencabar,sampai satu tahap aku nak tukar universiti nak masuk Usm uolsss.Sebab dekat.Dulu dapat tapi aku tolak sebab dekat sangat.Nah rasakan duduk dalam bas 6,7 jam baru sampai destinasi.

Aku dah tak kisah nak pergi makan sorang ke,nak beli barang sorang ke dah tak kisah.Sebab pengalaman mengajar aku supaya jangan terlalu bergantung hidup pada orang.Aku happy dengan kehidupan aku.Dan ada lah pernah adik aku yang number 3,kami sekeluarga panggil dia 'kak cik'.Dia tanya macam ni : 

Kak cik : Kak long belajar ke kat sekolah nak urus semua ni ?

Dia tanya masa aku dapat terima sambung belajar dan masa itulah aku perlu buat macam-macam hal.Kena buat medical chekup,beli barang2,isi borang,mintak biasiswa/sumbangan,macam-macam aku buat sebelum nak masuk.Senang je jawapan aku.

Aku : Bila dah sampai masa,kak cik pun akan jadi macam ni.

Bukan aku nak cakap aku ni berdikari sangat,tapi sekurang-kurangnya kita jangan terlalu bergantung kepada manusia.Bila mereka tiada,adakah kita dapat berdiri sendiri?

Bergantunglah pada Allah.



" Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa berteman walaupun keseorangan.Kosongnya hati kita daripada mengingati Allah akan membuatkan kita rasa bersendirian.Walaupun ditengah ramai orang.
     Jadi,penuhilah hati kita dengan mengingati Allah,moga kita sentiasa terisi dengan kasih sayangNya."












Wednesday 13 March 2013

Mengimbau Kenangan Teknik SP2

Assalamualaikum...

Kenapa aku rajin update waktu-waktu macam ni eh ?Sebabnya ialah word dan powerpoint aku tak boleh bukak.Tak tahulah apa masalahnya,dah la aku ni tak tau sangat pasal komputer.pandai online dan guna.Dia sakit ke,demam ke aku memang fail lah!Huhuhu.Rasanya esok baru nak bawak dia g klinik jumpa doktor pakar.Kesian kat dia tuan dia buta segala-galanya. =.=

Berbalik kepada tajuk Kenangan Teknik Sp2?apakah?Sebenarnya tu lah sekolah aku dulu,yang penuh suka dan duka semasa bergelar pelajar.Aku sekolah selama 2 tahun dekat sana,tingkatan 4 dan 5.Apa yang menarik untuk aku mengimbau kenangan ni kembali sebabnya aku rindukan suasana yang happening dan sentiasa aktif.Minggu lepas ada aktiviti Hari Keluarga Linguistik Melayu dekat UPM.Aku tersangatlah excited uolss sebab aku macam kembali ke zaman sekolah dulu-dulu.Tapi suasana yg sangat berbeza.Mungkin sebab faktor usia anak gadis malu untuk melakukan aktiviti sedemikian,tapi bagi aku buat apa nak malu-malu kucing.Ahh!aku masuk semua aktiviti uollss,kecuali tiup tepung je sebab tak nak muka putih sangat.hahaha

*****************************************************

Sekolah teknik adalah sekolah yg berasrama,sebulan sekali baru boleh balik itu pun kalau tak kena tahan dengan warden lah.hehe.Cik Ton! Masa dekat sekolah dulu aku tersangat-sangat lah aktif.Nampak tak kata ganda yg salah hanya nak tunjuk betapa aktifnya aku dekat sekolah dulu.Sampai kawan-kawan panggil aku budak giat! Ok,fine. =.=

Tapi aku tak kisah pun,sebab aku suka.Semua aktiviti sekolah atau pun asrama aku masuk.SEE,kadang-kadang over tau nak masuk sampai cikgu tak bagi sebab aku dah banyak persatuan.Hahaha.Dekat sekolah aku rajin masuk segala pertandingan yg dianjurkan.Macam-macam antaranya baca sajak,pidato,baca berita,tilawah al-quran,kuiz,dan drama pun ada tau.Haa,jangan main-main tau.Aku mewakili sekolah dalam peringkat daerah untuk kuiz agama Islam.Jadi 'Senah' dalam drama English peringkat daerah uolss..Hee,walaupun BI aku bukanlah hebat sangat ,tapi aku suka benda yang baru.Bagi aku itu satu pengalaman yg tak dapat dibeli.Baru cabaran uolsss..

Kalau diingat pasal 'burn muka' memang tak payah nak cakap lah.Aku aktif Kadet Polis sampai peringkat negeri kami pergi tau.Setiap kali lawan sekolah kami Johan ok,Johan!Semuanya dibawah tunjuk ajar Sir Billi.Bola tampar sampai peringkat daerah.Tapi bila aku kat Upm ni,aku jadi macam kera,ke apa tah macam slow slow gitu,mungkin tak da sekepala kot.Sebab aku ramai kawan yg ayu gituu..aww..awww mak jemah.;p

*****************************************************

Bukan dekat sekolah je aktif,balik asrama pun sama je,,aku masuk dikir barat.welawehhh..hehe.Tapi segalanya berubah pabila aku masuk tingkatan 5 sebab aku mempunyai tugas yg sangat besar iaitu aku dipilih menjadi Penolong Ketua Blok.Ingat senang ke nak kawal manusia yg pelbagai masalah dan banyak ragam,dan beratus-ratus.Ok!Masa ni aku dah start serius uollss,kalau baik-baik nati dorang pijak pala aku.Walaupun aku ni kecik,namun semangat aku kuat nak handle semua makhluk ni tau.Kes rampas henset la,ponteng prep la,aku lah ketuanya.hehe.dan kemudian aku dicop 'pengawas giat'.Well dah keja aku lantak lah nak kata apa pun,aku tetap rampas jugak.huahaha.

Oh!kenangan,kenangan mengusik jiwa ragaku..lalalala..nyanyi sat tapi lupa lirik..;p

Kalau dekat sekolah pun,aku bukannya baik sangat.ermm kadang-kadang kurang ajar jugak dengan cikgu,tambah-tambah cikgu fizik.hehe...ampun cikgu Nazri.Lepas buat salah,akulah orang yg pergi bilik guru mintak maaf.Yela,nanti tak lulus exam sape nak jawab..Kalau duduk asrama memang tak sah kalau tak tido dalam kelas.Dah lah duduk depan,boleh pulak tertido.hah tertido masa Cik Sab tengah ngajar Addmate.(opss,sekarang dah puan oke,) kena denda la apa lagi,dengan cikgu Maznah kena cubit kat perut sebab tertido jugak.hehe..

*****************************************************

Selepas 5tahun terpisah dengan kawan-kawan,sekarang masing-masing dah berjaya.Ada yg sambung belajar diperingkat degree,ada yg dah keja,ada yg dah kawen.Aku masih teringat kata-kata cikgu Maznah (kalau saya tak buat macam tu,kamu tak kan jadi orang mcm skarang) ye lah sangat mendalam maksudkan.Kalau tak kena denda,cubit,jalan itik,pusing sekolah,,hehe,,memang kami semua tak kan jadi macam sekarang.Inilah jasa-jasa para guru yg tak ternilai harganya.Sayang cikgu semua.

p/s : Apa mesej yg aku nak sampaikan disini ialah kenangan memang tak dapat dibeli.Kenangan itu mengajar kita erti ketabahan,erti pengorbanan,dan menjadi insan yg berguna dimasa hadapan.Kita perlu aktif dalam apa jua kita lakukan,jangan mandom jer tak buat apa-apa sebagai kenangan.Apa kenangan aku di Upm?memang tak sama dengan di sekolah,sebab tahun sudah berubah.Tapi aku akan kutip kenangan disini walau sebesar zarah.;p.Now,2013! 

Sebelum itu aku nak lampirkan gambar zaman dulu-dulu.Beza giler muka aku.Heeee 



ni masa last prep di SMTSP2.muka sume innocent gila ;p


ni lah geng aku dekat sekolah.gengster tuu!!




masa ni ada ceramah..sentiasa happy..;p



kami pengawas asrama yg skema dan giat!.huhahah


Jadikan kenangan itu yg terindah,jangan sia-siakan masa hanya kerana perkara yg remeh.Mari kita ciptakan memori di UPM pulak.
...bye,aku nak sambung hafal,besok ada presentation.wish me luck! :D







Monday 11 March 2013

Aku , Makeup dan Photoshoot

Assalamualaikum...

Tengah buat apa tu semua? aku macam biasalah hari isnin pagi sampai lah ke petang ada kelas.Penuh.Nasiblah hari jumaat,sabtu dan ahad aku cuti.Yeayy! Sapalah tak suka cuti kan mesti tak da perasaan orang tu.Hee.Petang ni hujan turun tapi tak berapa lebatlah ,hujan rabu-rabu tapi nasiblah tingkap dekat bilik aku ni dah ok.Selamat cadar hello kitty aku.huhu.Apa tak nya selama 3 tahun aku dok dalam bilik ni sampai dah nak habis sem baru buat aduan,itu pun sebab kipas rosak. (padahal tak rosak pun.lalalal)

Kembali kepada tajuk yang gah itu,wahh macam hebat je kan.Makeup tuuu..!Macam terer tahap 3 lah kan.jeng,jeng,jeng

Kuakui,kamu yang paling ok,cintaku seratus persen..aww..aww..Sebelum masuk cerita mestilah nyanyi dulu barulah kerlass mak jemah.:p.Aku sangat sukakan makeup dan photoshoot.Tapi aku insan biasa yang lemah dek kekangan masa yang membantutkan angan-angan aku..cewaahh..Masa aku mula masuk ke Upm dulu,memang tak pandai bab-bab gini,muka tempek bedak dah terus ke kelas,lepas tu pulak pakaian mak aii,ikut suka hati je nak campur warna terang,kelabu asap,hitam tompok-tompok.Nampak sangat buta fesyen. =.=



Zaman dulu-dulu kenangan bersama  kasut Mekdi.;p

Tapi masa zaman itu,rasa macam aku lah paling cantik diabad ini.wahwah..perasan! Namun zaman terus berlalu,tahun berganti tahun dan akhirnya masuklah zaman 2013 yang penuh dengan keceriaan mewarnai hidup aku.Aku ambik kelas belajar makeup.Ingat senang ke,yang penting pastikan niat kita betul yea.Aku belajar kelas makeup dengan cikgu Sal. Aku kenal dengan beliau dalam facebook je.See,ingat aku online saja-saja ke,aku sedang belajar sesuatu yg baru disamping tambah kenalan baru.Hee.Meh kita tengok hasilnya.Jeng,jeng jeng...


aku pakai bulu mata berat..=.=

Macam-macam aku belajar lagi pasal makeup,berbayar oke,barulah kita semangat.

Dan seterusnya mengenai photoshoot.Wahh! aku sangat teruja sebab bersama Nikon, hehe.Nak tengok hasilnya tak...terimalah aku pokok kayu yang kaku. =..=



aku sedang mencari damai dihati..cewahh...;p


Sebelum itu,aku nak kongsikan sedikit ilmu fesyen untuk semua.Aku lupa nama designer tu =.= Jika kita berfesyen macam mana sekalipun,jangan lebih dari 3 warna di badan.Oke,senang macam ni lah kalau dah pakai,baju merah,kasut biru,tudung hijau,jangan la pulak pakai seluar kuning.Hee.




Sehingga kita ketemu lagi. :D











Saturday 9 March 2013

BBM 3410, Oh! Tidak

Assalamualaikum...

Selamat petang,dan sekarang ni hujan turun membasahi bumi.Waktu-waktu macam ini seluruh 
pelusuk dunia sejak nyenyak dibuai mimpi.Amboi wahwah..macam tahu je kan waktu cenggini tarik selimut ermmm terasa nikmat tau..hehe.

Ok,berbalik kepada tajuk wah,menarik macam skema sikit disitu.BBM 3410! itulah kelas bahasa dan multimedia yang aku kena ambik semester ini.Bila sebut saja pasal IT hati aku akan gundah gelisah,tak tahu lah kenapa.Mungkin aku fobia dengan IT.Padahal tiap-tiap hari dan ketika asyik bukak facebook je kan. tiba-tiba buat muka tak bersalah.=.=    

 Dr.Salmah (bukan nama sebenar) suruh kami semua buat blog dengan twitter.Bukan dua benda ni je dia suruh oke,banyak lagi sampai aku tak boleh nak senaraikan lah..nampak tak kebanyakan disitu..heee..Mula-mula aku tengok Dr.S ni alamak seriusnya.Cuak giler ah,macam nafas aku terhenti tiba-tiba.Tapi selepas lama kelamaan,wah! seronok tau.happy je aku rasa dalam kelas tu,sebab dia suka wat lawak walaupun benda tu tak lawak.hahaha.

Ok.sekian untuk kali ini.terima lah pantun dari aku.


Buah delima berwarna merah,

Kalau terasa jangan marah. :D

Friday 8 March 2013

Siapa Ziela Melody ?

Assalamualaikum...

Tak kenal maka tak cinta.Mesti semua dah kenal dengan orang yang bernama Ziela Melody ni kan..hehehe,(bajet pulak) Bagi yang tak kenal,meh sini saya nak perkenalkan.Ziela Melody ni seorang pelajar yang menuntut di sebuah IPTA di Malaysia ni,UPM.Macam mana nama Melody boleh tercipta?kisahnya bermula apabila aku menonton cerita MyMelody (karton) dalam tv.Sejak hari tu,aku memang minat giler melody ni sebab dia comel dan innoncent gitu.hehe.Dan kemudian tukarlah nama aku dari Ziela kepada Ziela Melody.Lama jugak aku pakai nama ni,sejak dari akaun facebook yang lama hinggalah yang baru.


Aku berasal dari negeri jelapang padi iaitu Kedah.Negeri aku terkenal dengan sawah pagi yang kuning-kuningan.Sangat tenang kalau siapa nak cari kedamaian hati..cececehh.Pulau Langkawi tempat yang popular di Malaysia tau,dan terdapat di Kedah.Jadi siapa yang nak melancong ke sana datanglah ramai-ramai.Lihat keindahan pulau-pulau yang terdapat di Langkawi.


Jomlah kita merapatkan ukhuwah bersama.Tidak rugi kalau mencari kenalan,semakin banyak kenalan semakin banyak benda kita perolehi.Ilmu itu tiada batasnya.Silalah singgah ke blog aku ni agar sama-sama memperoleh sedikit info dan keceriaan,hehe.Aku harap semua terhibur dan santai di blog Miss Strawberry Cinta.



Ni lah tuan blognya, Miss Strawberry Cinta.





hai,selamat berkenalan :)