Friday 15 March 2013

Belajar Berdikari

Assalamualaikum...

Tadi pelbagai ujian menimpa aku,dah lah kena tipu dengan tokey kedai baiki komputer,dia cakap laptop aku kena buat apa tah,padahal aku nak install word dengan powerpoint je kot.Sabar je lah.Lepas tu,aku bawak laptop aku pergi Kolej 13 sebab kawan aku cakap dorang baiki bagus dan aku pun pergi lah.Masa aku pergi tu hujan renyai-renyai tapi aku gagahkan diri juga demi asimen yang menanti,kalau tak baiki nati kerja aku bertimbun-timbun ok.

    Lepas siap aku pun balik.Tapi masa balik hujan semakin lebat nasib lah aku bawak payung itu pun pinjam roomate punya sebab payung aku dah rosak.Dalam perjalanan balik tu,ada kereta mana tah aku tak perasan sangat amat lah kurang ajar dia bawak laju pulak tu,habis air dekat tepi jalan tu kena kat badan aku ni.Sabar jelah.Kalau aku dapat sapa tuan kereta tu,memang nahas lah dia.Huahaha..gengster kah kau ? :p

   Macam malang je nasib aku hari ni,sudah jatuh ditimpa tangga.Dalam hujan tu aku nangis siap-siap sebab nati kalu roomate perasan malu lah aku,tak cool nanti,Heee.Tapi aku pegang kata-kata ni bila aku ditimpa musibah :

Setiap ujian yang Allah bagi,pasti ada hikmahnya.Semakin Allah sayang kepada seseorang umatnya,semakin besar ujian buatnya.

****************************************************
Itu baru mukadimahnya yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Apa yang aku nak cakap pasal BERDIKARI ni ialah mengenai pengalaman aku sendiri.Asyik cerita pasal kau je jemah,,hak alohh rilex lah,dah blog aku mestilah tak kan cerita pasal Aaron Aziz lamar aku pulak kan..lalalalalala...sekadar imaginasi :P

Setelah aku dapat tawaran masuk ke Upm,orang pertama yang paling risau ialah abah aku.Apa yang dirisaunya aku pun tak faham.Sebenarnya aku pilih semua universiti yang jauh-jauh dari tempat aku.hee,sebabnya aku nak berdikari dan belajar duduk jauh dari keluarga.Yela lah dari sekolah,macam tak berkembang je otak aku ni asyik kawasan Kedah je,tak Baling,Sungai Petani.Itu pun kalau abah aku bagi keluar.Dengan dapat sambung belajar jauh ni aku pun pasang angan-angan konon-konon nak beraya atas bas lah kan.Ok,terpengaruh dengan drama.=.=

Masa pun telah tiba,ahli keluarga aku semua hantar aku dekat stesen bas Baling.Sedih,sebak,pilu macam-macam perasaan ada masa tu.Macam-macam mak aku pesan,suruh jaga diri,jangan tinggal sembahyang,pilih kawan yang baik,jangan cerewat makan, 
( hehe aku memilih sikit bab makan ni.) .Tepat pukul 9 pagi bas pun jalan.Masa ni bukan masa daftar yea,masa ni aku balik cuti 2 minggu sebab demam.hahaha.aku terlepas orentasi tau uollss.Abah aku yakin dan bagi aku naik bas sorang-sorang sebab kebetulan anak kawan dia ada belajar di Upm jugak,senior aku.Aku pun tumpang berani la,ni merupakan kali pertama aku pergi jauh sorang diri tanpa keluarga.

Namun,ia bukan lah indah seperti yang aku bayangkan.Sampai je di Duta,kami naik bas ke Pudu Sentral,aku la tarik beg yang besar sorang-sorang.Dorang tinggal aku.Sedih.Aku macam nak meraung je dekat situ biar semua menyaksikan kejadian itu.Itu lah pertama kali yang berlaku dalam hidup aku.Memang tak dapat bayangkan.Aku gadis kampung yang tak tahu apa-apa,naif.Mereka telah musnahkan kepercayaan abah aku.Aku balik kolej kediaman sorang diri.Aku tanya siapa saja ada dekat situ jalan nak balik.Sampai bilik aku menangis sepuasnya.Dan terus aku tak percayakan siapa-siapa.

*****************************************************
Selepas kejadian itu,ia menjadikan aku seorang yang berani.Aku pergi kelas sorang-sorang,kebetulan aku tidak punya kawan lagi,almaklumlah aku kan tak da orentasi,jadi aku tak kenal la sape cosmet aku.hehe.Semester 1 paling mencabar,sampai satu tahap aku nak tukar universiti nak masuk Usm uolsss.Sebab dekat.Dulu dapat tapi aku tolak sebab dekat sangat.Nah rasakan duduk dalam bas 6,7 jam baru sampai destinasi.

Aku dah tak kisah nak pergi makan sorang ke,nak beli barang sorang ke dah tak kisah.Sebab pengalaman mengajar aku supaya jangan terlalu bergantung hidup pada orang.Aku happy dengan kehidupan aku.Dan ada lah pernah adik aku yang number 3,kami sekeluarga panggil dia 'kak cik'.Dia tanya macam ni : 

Kak cik : Kak long belajar ke kat sekolah nak urus semua ni ?

Dia tanya masa aku dapat terima sambung belajar dan masa itulah aku perlu buat macam-macam hal.Kena buat medical chekup,beli barang2,isi borang,mintak biasiswa/sumbangan,macam-macam aku buat sebelum nak masuk.Senang je jawapan aku.

Aku : Bila dah sampai masa,kak cik pun akan jadi macam ni.

Bukan aku nak cakap aku ni berdikari sangat,tapi sekurang-kurangnya kita jangan terlalu bergantung kepada manusia.Bila mereka tiada,adakah kita dapat berdiri sendiri?

Bergantunglah pada Allah.



" Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa berteman walaupun keseorangan.Kosongnya hati kita daripada mengingati Allah akan membuatkan kita rasa bersendirian.Walaupun ditengah ramai orang.
     Jadi,penuhilah hati kita dengan mengingati Allah,moga kita sentiasa terisi dengan kasih sayangNya."