Friday 17 May 2013

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum...

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang amat keramat bagi seluruh dunia.Tarikh apakah itu? Itu adalah tarikh di mana bagi menghargai jasa-jasa golongan pendidik iaitu guru kita.Ada jugak yang menyangkal bahawa tidak perlu sanjung tarikh itu,sama sahaja tarikh yang lain yang penting ucapan saja.Bagi aku itu tidak adil,tidak adil,baginya.Hee.Kenapa aku cakap macam tu sebab kita perlu ada tarikh bagi meluangkan masa kita hanya dengan memberi ucapan dan sebagainya.Atau dalam erti kata yang lain mengingati hari mereka sebagai golongan pendidik.Aku bagi contoh,hari lahir kita sudah tetapkan kenapa kita sambut?ucap?sebabnya hari itu bersejarah kan,kita lahir dimuka bumi ini.Haa,fikirlah sendiri..dah dah..malas nak pertikaikan lagi.Masing,masing ada pendapat sendiri.Senyum.

Dulu waktu sekolah rendah,kalau tiba je hari guru aku akan bagi sabun.hahaha.Tak tahu lah kenapa,dari darjah 1 sampai darjah 6 aku akan bagi sabun.Pelik je,tah la.Tak pa asalkan aku ikhlas nak bagi.Sebelum tersasar dari landasan moleklah aku teruskan saja niat iaitu nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru,pendidik,pengajar yang mencurahkan ilmu pada saya dari tadika sampailah ketahap ini.Tanpa guru sekalian siapalah saya di sini.Mungkin masih lagi di zaman jahiliyah.

Abah aku cakap siapa pun kita sekarang ini jangan dilupakan guru sekolah rendah.Tanpa mereka,kita tak akan pandai membaca,tak akan pandai mengira.Dari situlah titik permulaan kita mengenal dunia.Terima kasih kepada guru yang mengajar saya selama ini dari Pasti sampailah di Universiti sekarang.Sesiapa yang memberi ilmu itu sudah dikira sebagai guru,pendidik dan pengajar.Jika mereka tidak curahkan ilmu adakah kita akan faham? adakah kita akan mahir?. Dibawah adalah senarai golongan pendidik yang mencurahkan ilmu kepada aku.


  • Pasti Batu 7
  • Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera
  • Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2
  • Sekolah Menengah Baling
  • Zarika Pusat Memandu
  • GiatMara Baling
  • Universiti Putra Malaysia

Terima kasih cikgu.Tanpa cikgu di Pusat Memandu,aku tak akan mahir memandu kereta.Tanpa cikgu di Giatmara aku tak akan mahir dalam menjahit pakaian.Itulah betapa mulianya tugas sebagai pendidik dan pengajar.Mereka diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk semua orang.Jasa kalian amat besar buat diriku.Dari tidak tahu kepada tahu segalanya.Terima kasih cikguku semua.Saya tidak akan lupa jasa anda kepada saya.Apa yang diharapkan oleh seorang guru kepada anak muridnya ialah untuk jadi manusia yang berguna.




Tiada hadiah yang bernilai yang dapat membalas jasa kalian.Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang dapat saya berikan.Saya akan jadi manusia yang boleh membanggakan cikgu semua.Harapan saya semoga cikgu semua berada di bawah lindungan Yang Maha Esa,dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira dalam kehidupan seharian.Terima kasih cikgu. :)