Saturday 20 April 2013

Yang Tertutup Itu Indah

Assalamualaikum...

Aku baru saja selesai buat kerja,jadi nak hilangkan tekanan aku tulislah sikit kat sini memandangkan mata tak mengantok lagi.Sebenarnya aku dah lama pasang niat nak tulis pasal ni,biasalah masa tak mengizinkan,sibuk memanjang sejak bergelar artis Youtube ni,kehkehkeh.Kalau kita berjalan dibawah panas,kita perlukan payung.Kalau kita dalam hujan juga kita perlukan payung.Untuk apa guna payung ni ?Jawapannya untuk melindungi kita dari bencana,seperti panas terik matahari dan basah dikala hujan.Saling melengkapi kan,tak gitu.

Sebagai seorang wanita kita tidak boleh lari daripada fitnah dunia.Fitnah yang macam mana tu?tambah pula pabila seorang gadis yang masih belum berkahwin.Ingat senang ke nak jaga anak perempuan ni.Ada lah aku pernah dengar kata-kata ni, lebih senang jaga lembu 10ekor daripada jaga seorang anak gadis.Lebih kurang macam tu lah bunyinya.Maksudnya disini betapa susahnya nak jaga anak perempuan tau.Tambah pula zaman sekarang,teknologi makin canggih,dan sekarang ni pulak heboh pasal wechat,keek,,err aku memang takda lah benda macam tu.Tak menarik perhatian aku buat masa ni,masa akan datang tak tahu lah.hehehe.

Korang pernah kena fitnah ?ke tak tahu apa itu fitnah ?kekeke.Fitnah tu orang mereka-reka cerita buruk pasal kita dan dicanangkan seluruh kampung.haa macam tu lah.Yup! aku pernah kena fitnah,dengan orang yang selama ni aku percaya.Sanggup pula dia buat macam tu,disebabkan cinta ditolak.hahhaha.Tapi yang bestnya,selepas nama aku dia burukan,dah lama baru nak minta maaf.Biar jelah aku dah maafkan dia,itu semua urusan dia dengan Tuhan.Kadang-kadang kita tak kacau orang pun,tapi orang yang iri hati pulak dengan kita,ish tak faham aku.Itulah dunia yang sebenarnya.

Kalau nak cakap bab hidayah ni memang tak payah nak kena tunggu,kita yang kena cari.Kita yang kena usaha nak perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.Walaupun kita sudah cukup ilmu,tapi kalau kita tak amalkan ilmu tu tak berguna jugak,umpama tin kosong.Mari kita jadi insan yang sebelum ini lebih baik dari semalam.Dahulu dia seorang yang freehair dan sekarang sudah menjinakkan diri dengan memakai tudung.Dahulu dia seorang yang tidak tahu batas pergaulan dan sekarang sudah pandai menjaga diri.Dahulu dia seorang yang suka pakaian sendat dan sekarang sudah pandai mahu melonggarkan.Tidak salah kalau kita berubah dari sikit,sikit dan bukan terus berubah dengan drastik dan alih-alih kembali pada yang asal.

Apa yang penting niat,bukan kerjasama pulak.hehe..wonderpet kami datang..lala :p. Niat kita berubah kerana siapa?tanya sama hati,adakah sebab kekasih?sebab mak ayah?sebab cikgu?sebab kawan? semuanya terletak pada diri sendiri.Berubahlah kerana diri sendiri.Tak kan kita nak duduk di takat yang lama,dulu zaman jahiliah dan sekarang pun masih lagi disitu.Macam tak berkembang je kan.Kalau aku?dulu aku macam mana,sekarang macam mana.Sangat jauh berbeza.Walaupun aku dah jadi diri aku sekarang ni,tapi aku masih lagi berkawan dengan yang lain.Ukhuwah itu penting tau.Aku terdetik dengan kata-kata dalam buku apa tah aku dah lupa yang berbunyi,Yang tertutup itu indah.

Kadang-kadang aku geram juga dengan orang yang mencemuh perempuan yang tak bertudung.Kalau nak cakap,perlulah dengan cara yang baik,elok sangat ke kalau kita hina dia,nampak sangat diri kita lebih teruk dari dia.Aku pernah rasa perasaan tu.Sebenarnya mereka perlukan bimbingan,bukan perli buat sakit hati.Ni banyak yang aku tengok,kata-kata yang menjerumus ke arah perli,nak bagi terasa,tapi tak pernah ke kita sendiri yang selami hati dia.Boleh tak?

Image aku ambik dari incik google : 








Aku betul-betul tersentuh pabila salah seorang kawan aku hadiahkan aku baju muslimah pada hari lahir aku yang ke 21.Baju muslimah kan besar,labuh mana pernah aku pakai sebelum ni.Budak ni perli aku ke apa ha.Tapi aku simpan je dalam almari tu sehinggalah aku tersedar maksud disebalik baju muslimah tu.Ermm.

Dan aku masih ingat kata-kata Kak Hajar #usrah pernah cakap,pakailah stokin warna warni dulu,sebelum nak biasakan diri.Aku dah cuba dulu tapi arghh,tak boleh bernafas je kaki aku ni ha.Tapi kalau aku dengan maksu aku keluar naik motor,kami WAJIB akan pakai stokin sebab takut kaki hitam kena panas matahari.hahaha.Kata-kata Kak Hajar baru datang sewaktu berusia 23tahun,nasib tak 40 kan..errr.lambat loading lah otak aku ni,maklumat yang lama baru nak proses sekarang.=.=




Moga apa yang aku kongsikan bersama ini dapat memberi imput yang berguna buat semua.Aku pun masih jauh lagi yang perlu perbaiki dan pelajari.Tak rugi pun kalau kita dalami banyak ilmu,jangan salah tuntut ilmu sudah yea.hhehehe.




Terima kasih sudi baca,sehingga ketemu lagi. :D