Friday 8 March 2013

Siapa Ziela Melody ?

Assalamualaikum...

Tak kenal maka tak cinta.Mesti semua dah kenal dengan orang yang bernama Ziela Melody ni kan..hehehe,(bajet pulak) Bagi yang tak kenal,meh sini saya nak perkenalkan.Ziela Melody ni seorang pelajar yang menuntut di sebuah IPTA di Malaysia ni,UPM.Macam mana nama Melody boleh tercipta?kisahnya bermula apabila aku menonton cerita MyMelody (karton) dalam tv.Sejak hari tu,aku memang minat giler melody ni sebab dia comel dan innoncent gitu.hehe.Dan kemudian tukarlah nama aku dari Ziela kepada Ziela Melody.Lama jugak aku pakai nama ni,sejak dari akaun facebook yang lama hinggalah yang baru.


Aku berasal dari negeri jelapang padi iaitu Kedah.Negeri aku terkenal dengan sawah pagi yang kuning-kuningan.Sangat tenang kalau siapa nak cari kedamaian hati..cececehh.Pulau Langkawi tempat yang popular di Malaysia tau,dan terdapat di Kedah.Jadi siapa yang nak melancong ke sana datanglah ramai-ramai.Lihat keindahan pulau-pulau yang terdapat di Langkawi.


Jomlah kita merapatkan ukhuwah bersama.Tidak rugi kalau mencari kenalan,semakin banyak kenalan semakin banyak benda kita perolehi.Ilmu itu tiada batasnya.Silalah singgah ke blog aku ni agar sama-sama memperoleh sedikit info dan keceriaan,hehe.Aku harap semua terhibur dan santai di blog Miss Strawberry Cinta.



Ni lah tuan blognya, Miss Strawberry Cinta.





hai,selamat berkenalan :)