Wednesday 5 June 2013

BBM 3410 : Salam Terakhir

Assalamualaikum...

Sebelum terlambat,saya ingin memohon kemaafan kerana terlewat 'mengupdate' entri kali ini kerana saya berada di kampung atas sebab tertentu.Saya sedia maklum bahawa Dr tidak suka sama sekali alasan yang diberi,namun saya harap Dr baca entri saya,dan saya yakin Dr mesti baca.Hee.

Nama diberi Nurzila Binti Yunus atau lebih dikenali dilaman sosial sebagai Ziela Melody.Dr penah tanya di kelas dahulu,siapa yang memegang akaun Ziela Melody yang kerap kali update status di twitter,setiap saat.Ya itulah saya.Hehe.



156720

Seperti tajuk di atas Salam Terakhir merupakan post yang terakhir bagi kelas Bahasa dalam Multimedia.Rasa sebak,sedih,pilu dan sayu bercampur, bergabung menjadi satu rasa iaitu saat kehilangan.Ya,saya akan kehilangan Dr Notts.Selama ni setiap kali update kerja yang Dr suruh,saya boleh bayangkan Dr akan ada lagi untuk minggu seterusnya tapi kali ini Dr tidak lagi bersama kami.Pada kelas yang terakhir hari tu,saya betul-betul tersentuh.Namun apakan daya,jodoh kita hanya sampai di situ mungkin satu hari nanti kita akan ketemu,mungkin sebagai pelajar master atau mungkin sebagai rakan sekerja,pensyarah.Oh,jauhnya angan saya.Tapi itu semua tidak mustahilkan.Dr juga pernah cakap masa muda lah kita bina impian.Tak gitu.heee.

Psstt.Dr nak tahu tak apa yang menariknya mengenai Dr yang membuatkan saya jatuh hati,bukan bodek yea,ni ikhlas dari hati  sikap Dr yang unik itu sendiri lain dari yang lain.Selalu tugasan dalam bentuk menulis,menulis mesti bosan kan,ramai kawan-kawan saya tanya saya ni dah tukar bidang ke.hehe.Tugas yang Dr bagi semuanya dalam bentuk praktikal lagi cepat masuk dalam otak dan otak senang nak proses.Kalau menulis je tak da praktikal tak da guna juga kan.Dari tidak tahu kepada tahu.Dalam buat poster,kalendar,asas fotografi, dan video semuanya saya sudah mahir.Semuanya sebab Dr.


Sebelum berakhir,ini adalah antara video selama satu semester yang saya belajar dalam kelas Bahasa dalam Multimedia,kumpulan Cempaka Sari.

Video 1 Shoot


Video Seram


Video Tanpa Wajah

Video Pengajaran



Video Realiti



Gambar Unik



p/s : saya minta maaf video tak dapat diupload buat masa sekarang kerana line teramat sadis.Nanti bila dah oke,saya upload yea.Tunggu.Hehe.



Dedikasi Buatmu : 



Dari sifatmu yang unik
Aku ingin kenal lebih dekat lagi
Kata orang tak kenal maka tak cinta
Bila sudah cinta baru mula cerita.

Sifatmu yang tegas
Buatkan aku sesak nafas
Kerja perlu siap dalam masa diberi
Maka terkejar kami mencari-cari.

Setiap minggu mesti ada tugasan
Video sudah mesti menjadi sasaran
Tanpa mengeluh kuturutkan
Demi Dr kesayangan.

Hari demi hari masa berlalu
Namun tiba jua saat itu
Sudah adat yang datang akan pergi
Siapa kita mahu melawan Ilahi.

Walaupun singkat namun bermakna
Kudoakan dirimu sihat sentiasa
Moga dirahmati yang Maha Esa
Sambutlah salam dari saya Nurzila.






Sebelum melabuhkan tirai,saya ingin memohon seribu kemaafan jika ada melukakan hati Dr.Harap Dr halalkan ilmu yang dicurahkan selama satu semester ini pada saya.Biasalah manusia tidak lari dari membuat kesilapan.Andai ada kekhilafan ampun maaf dipinta.Moga Dr sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.Terima kasih untuk segalanya.Wassalam. 


'
'
'
'
'





Maaf,saya ambil gambar dari blog Dr.heehe.





Prof Madya Dr Normaliza Abd Rahim. :)