Saturday 26 April 2014

Dedikasi Buat Tersayang

Assalamualaikum...

Biar gapura terbuka disaksikan semua.Aksara menari dipentas dunia.Amboi bahasa nak tinggi je kan.Eh,tak lah! Sebenarnya tadi ada Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu,Piala Perdana Menteri 2014 bertempat di Universiti Putra Malaysia.Dengan tak semena-mena aku jadi semangat nak menulis pula,semangat la konon katakan.hehe.Sebenarnya aku curiga dengan otak aku ni,dia banyak idea nak menulis tapi jari jemari tak beri kerjasama.Maka aku update entri sebulan satu entri. -_- 

Tambah lagi dalam kepala otak aku ni dah siap draf entri pasal snorkeling, taman haiwan, kenduri kawen kawan dan memori cinta luka,eh!Nampak tak otak aku siap buat draf lagi cuma tak muntahkan je dekat blog ni ha.Namun malam ni bersaksikan bulan dan bintang aku update entri yang dah janji bulan lepas.cewahh.

Al-kisah entri ni aku nak tujukan buat orang yang sentiasa ada dibelakang aku sepanjang aku bergelar pelajar/mahasiswa.Jatuh dan bangunnya aku disisi mereka.Tanpa mereka siapalah aku ni kan.hehe.Bermula dengan kawan baik aku di Upm,buat Umie,Husna dan Unie terima kasih kerana sanggup jadi kawan aku walaupun kadang-kadang perangai aku ni macam apa lagi,korang memang kawan yang baik,lemah lembut dan ayu sangat sampai aku pun ke arah ayu juga.hehe sila jangan muntah yea. Terima kasih kepada Ekin,Liza,Aini dan Siti koranglah kawan pertama aku di Upm masa mula aku masuk semester 1,ingat tak lagi ? Tanpa korang mesti aku terkial-kial dalam kelas kenegaraan.

Bila sudah berdikari sikit aku sudah kenal ramai kawan.Ramai kenalan membuatkan aku berfikir hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.Terima kasih buat roomate aku dulu di P3 Nik,Nabilah dan Farah.Terima kasih kak Momo yang sanggup jaga aku semasa aku demam orentasi.Terima kasih jiran bilik aku kak Sila dan Ayu.Terima kasih buat roomate aku di P5 kak Aini,kak Saf dan Ika.Ketiga-tiga orang roomate aku ni budak master.Jadi aku telah kena badi bilik 137 lepas kak Aini keluar,masuk kak Saf,kemudian masuk Ika.3tahun bilik aku terima budak master je kan.

Kalau mahu dibicarakan mengenai kawan aku di kelas,ramai.Terima kasih kawan bahasa Arab aku Lia dan Jannah.Terima kasih kawan bahasa Jepun aku Reen.Terima kasih geng Pendidikan Islam,Fye,Shasha,kak Fida,Nor dan Fiza.Kalau bukan dia aku tak akan terjebak dengan runningman,hehe terima kasih buat Fatin.Terima kasih Asrul,ko memang seorang yang baik dan ringan tulang tolong kawan yang tak terdaya macam aku ni.hehe.Terima kasih kepada kumpulan Mariposa,Karas,Kosas,dan teristimewa buat Pah atas nasihat,Kirah,Kirah Musa dan Tikah sahabat manisku, buat semua kawan di Upm serta kawan-kawan yang terlibat secara langsung atau tidak.

Terima kasih Fad sebab bawa aku pergi I-City.Memang aku dah lama pasang niat nak ke situ cuma masa dan kenderaan yang membantutkan hasrat aku.Terima kasih Bass,Talib dan Epul yang banyak tolong aku.Juga kepada kawan baik aku dari lepas Spm lagi,Sham yang sanggup tolong aku masa susah hargai sangat.Tanpa korang memang patah kaki aku dekat sana.Tidak lupa juga kepada sahabat dunia akhirat aku,Wana dan Dian aku rajin tumpang rumah korang.Buat Shahila terima kasih sebab bagitau aku pasal biasiswa dan buat Ija terima kasih selalu dengar luahan perasaan yang tah apa-apa kan,hehe serta maksu kesayanganku,Ira.

Kepada semua pensyarah yang banyak memberi ilmu,nasihat dan motivasi supaya diri ini dapat bangkit dengan sendirinya di tengah arus kota metropolitan.Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustazah Dr.Nik Farhan seorang pensyarah,seorang ibu yang banyak memberi inspirasi kepada saya.Ustazahlah pensyarah pertama yang ingat nama saya,tegur saya walaupun di luar,mesej saya,memberikan saya semangat untuk kuat hadapi hidup.Saya telah buktikan dengan peroleh A dalam bahasa Arab walaupun saya tiada basic di sekolah dahulu.Kata ustazah tiada yang mustahil dalam dunia ni.Tidak lupa kepada penyelia thesis aku Prof Madya Dr.Raja Masittah Raja Ariffin dan para responden yang membantu sehingga dapat siapkan thesis,terima kasih saya ucapkan.

Kepada ahli keluarga yang membantu,terima kasih kepada pakndak sekeluarga,makcik sekeluarga dan pakngah sekeluarga.Akhirnya yang utama terima kasih kepada Mak,Abah,Adik-adik dan sang Rajunatapa yang tak jemu mendoakan aku.Yang mendengar luahan hati,ketika sedih,jatuh dan lapang.Semuanya ini adalah atas izin dari Yang Maha Kuasa Allah swt.

Terima kasih Ya Allah atas pinjaman duniawiMu.
Terima kasih Ya Allah atas akal yang diberi untuk aku belajar.
Terima kasih Ya Allah atas kesihatan yang dijaga untukku.
Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan padaku.

Sebenarnya aku bukan siapa-siapa tanpa doa kedua orang tuaku dan dengan izin dariMu.Terima kasih semua.Moga jasa kalian dibalas oleh Yang Maha Esa.Amin.Wassalam.


Terima kasih sudi baca,jumpa lagi. :D