Friday 19 April 2013

Nikmatnya Dapat Makan

Assalamualaikum...

Semalam cuaca panas terik,tapi hari ni hujan turun membasahi bumi.Adil kan.Kita perlukan matahari untuk kehidupan seharian,tapi tumbuhan perlukan hujan untuk hidup mereka.Jadi jangan nak salahkan hujan kalau baju kita basah diampaian,sape suruh sidai masa langit mendung kan.hehe.Malam semalam aku tak boleh nak tidur disebabkan panas bahang,dan macam-macam digambarkan dalam fikiran kalau lah ada cendol,kalau lah ada Abc,kalau,kalau....Maka hari ni aku nak kongsi pengalaman aku mengenai makanan yang tak pernah aku rasai 20tahun yang lalu.

Aku seorang gadis biasa yang membesar secara luar biasa.Luar biasa?apa alien ke ?hehe bukan lah.Cuma aku membesar bukan seperti kanak-kanak lain.Hidup aku penuh dengan kedukaan.Di saat kanak-kanak lain sibuk bermain dengan kawan-kawan,aku pula sibuk di hospital.Hospital dah jadi rumah kedua aku.Aku kena berpantang.Tak boleh nak makan ikut suka hati je.Nak tahu apa yang aku makan selama aku membesar ni?? Hanya nasi putih panas bersama ikan talam masin dan sup.Itulah makanan aku.Sedap tak?Aku kena lalui semua ini selepas aku keluar melihat dunia sebaik saja mak lahirkan aku.Masa tu aku tak tahu apa itu kesedihan.Mak dan abah aku kuat nak harungi semua ni,memandangkan aku anak sulung mereka.Gembira melihat anak sulung dilahirkan tiba-tiba bertukar menjadi kesedihan.Masa tu langit sentiasa mendung tanpa matahari.Hanya ditemani linangan airmata.Mak dan abah sangat kuat!

Aku hidup didalam cermin kaca,tidak boleh melihat dunia.Mak!mak! nak keluar! Begitulah hidup aku,sampailah aku sudah berusia 4tahun.Yeayy,aku dah bersekolah tau,di Pasti dekat kampung.Aku seronok sebab dapat banyak kawan.Walaupun usia aku sudah meningkat,namun aku tetap makan benda yang sama.Bosannya! Mak,nak makan nasi lemak boleh ? Hari itu aku teringin nak makan nasi lemak,jadi pabila seorang ibu mendengar ritihan anak,hati ibu mana yang tak tersentuh,maka dengan girangnya aku dapat makan nasi lemak.Yummy,baru aku tahu sambal ikan bilis tu pedas.Tak sampai 5minit,nafasku terhenti,badan kebiruan dan kaku.Mak takut abah marah.Mak minta tolong jiran bawak aku ke hospital.Masa tu,abah tak da dirumah,kerja barangkali.

Disebabkan kejadian tu,aku kena tahan di hospital lagi.Kali ni abah sangat tegas.Abah jaga aku masa dekat hospital.Aku terasa nak makan buah dan abah jadi serba salah nak bagi ke tak.Akhirnya buah yang aku makan buat pertama kali dalam hidup ialah buah delima.Abah cakap buah tu ubat dan boleh ubati penyakit aku.Hari-hari aku makan buah delima dan aku tak suka makan nasi itu pun kena paksa dengan mak.Umur aku semakin hari,semakin meningkat dan sudah pun 7tahun.Lagi sekali aku bersekolah dan dapat ramai kawan.Seperti biasa lah budak-budak masa rehat mesti nak main kejar-kejar dengan kawan.Tiba-tiba aku jatuh sesak nafas.Dan bermula dari hari tu,aku tak dibenarkan oleh abah untuk main kejar-kejar,tak boleh berlari,dan tak boleh buat kerja berat.Ermm.

Kenapa mesti aku Ya Allah,kenapa tidak orang lain?aku sering juga persoalkan kenapa Dia pilih aku untuk terima semua ini.Aku masih kecil.Semuanya terjawab apabila aku sudah berada di sekolah menengah.Aku ingat aku sudah sihat dan tidak perlu lagi kongkongan dari abah.Kejadian berlaku selepas aku balik dari sekolah dan aku dengan kengkawan singgah di pekan.Dan kebetulan aku terlihat satu balang yang berisi jeruk buah.Masa tu aku nekad walau apa sekalipun aku mesti makan.Dan,tiba-tiba aku tak boleh nak keluarkan suara.Jantung berdegup sangat perlahan.Setibanya dirumah,abah dan mak perasan sikap aku yang pelik.Dan abah hampiri aku dan dapati badanku menggeletar dan kuku menjadi biru.Sedar-sedar aku sudah terlantar di hospital.

Aku bersalah abah,sebab tak dengar cakap.Aku tak bebas lagi.Aku masih macam dulu. =.=

******************************************************

Zaman silih berganti,aku sudah boleh merasai betapa nikmatnya makanan itu.Kan dalam entri sebelumnya aku cakap,yang aku ni seorang yang cerewet dalam bab makanan.Sebenarnya aku tak pernah merasainya dan sebab itulah aku tak tahu apa rasanya.Selepas kita dapat makan makanan yang selama ini kita idamkan,kita akan merasai nikmatnya.Korang mesti tak rasa apa-apa sebab dari kecil dah boleh makan apa saja.Bukan macam aku,Allah uji aku sebelum Dia beri nikmat makan pada masa ini.Aku sangat bersyukur.

Jom tengok makanan yang pernah aku cuba : 



image google : aku dah try cendol.sedap jugak.


image google : aku boleh minum susu tau..hehe tapi perisa coklat je..keke


image google : aku hanya minum air masak,tak minum air manis.tapi sekali bedal jugak..hehe



image google : nilah makanan feberet aku..yummmy...;p


image google : dulu aku geli ngn ikan keli ni,tapi skrng boleh lah,,


image google : nilah sayur feberet aku,pucuk paku.sayur yang lain aku makan jugak


image google : ni lah musuh utama aku,sehingga lah sampai sekarang pun =='


Rasa seronok kalau kita boleh makan macam-macam kan .Aku makan semua benda yang halal tolak batu dengan kayu jer.hehehe.

******************************************************

Dulu aku tak berani nak makan dekat luar,takut tak bersih.hehe. Aku makan apa yang dimasak oleh mak je.Tapi sekarang mana-mana pun boleh,dan aku tak suka sangat western2 segala tu.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian,syukurilah nikmat yang Allah berikan pada kita.Syukur kita di Malaysia ni tidak lekang dengan kedai makan,pergi mana-mana pun ada ja gerai makan di sepanjang jalan.Cuba tengok di negara luar,ada yang nak makan pun susah,kadang-kadang mereka hanya makan sehari dan esok dah tak boleh makan sebab kekurangan makanan.Kita disini ada yang makan sampai membazir,beli kalahkan makan ramai padahal makan berdua jer dan makanan yang lebih dibuang begitu saja.Tidakkah kita rasa simpati pada makanan?Kalaulah makanan boleh bercakap,mesti takda orang nak buang dia kan. 

Adik aku pernah cakap dekat aku : 

Kakcik : kaklong ni kira bertuah kan,minta apa pun mesti dapat,
              Allah tunaikan.Rezeki sentiasa ada.

Aku : sebelum Allah nak bagi kepada seseorang hambanya,Dia   akan turunkan ujian nak tengok sama ada kita boleh terima 
atau tak.Kak dah terima ujian 20tahun yang lepas.Sampai pernah orang cakap,kak ni tak da harapan nak hidup.Sangat sadis bila dengar macam tu,apatah lagi mak dan abah.Jadi Allah pilih kak supaya kak dapat hidup untuk memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada adik-adik dan mak,abah.

p/s : Aku harap pengalaman yang aku kongsikan bersama ini dapat membuka mata semua orang bahawa tiada yang mustahil untuk berjaya melainkan usaha.Aku usaha untuk hidup dengan jaga makan,minum.Aku hidup untuk berbudi pada mak dan abah yang selama ini perit menjaga aku.Kisah kita berlainan jangan jadikan alasan untuk berjaya.Syukuri setiap kurniaan yang ada.Tak perlu nak cemburu dengan orang lain.Rezeki kita telah Allah tetapkan dan kita hanya perlu usaha mencarinya,umpama berkebun seluas beribu hektar dan sabar untuk tunggu tuaiannya.


Terima kasih sudi baca,jumpa lagi. :)