Wednesday 17 April 2013

Petua Awet Muda

Assalamualaikum...

Malam ni mata,muka dan badan aku macam penat je.Apa yang tak penatnya semalam buat edit video sampai pukul 4.30pagi,tidur sejam je terjaga pukul 5.30pagi.Tapi yang peliknya sampai sekarang aku tak rasa nak terlelap lah pula mungkin sebab desakan kerja kot..terima kasih mata sebab faham aku =.=  Maka aku manjakan sikit muka aku ni dengan bedak sejuk. Apa bedak sejuk ?? Zaman moden sekarang pun masih guna lagi benda klasik bagai ni? Weh,cakap elok sikit yea,ni rahsia turun temurun keluarga aku ni.Sentap!

Dulu semasa zaman sekolah,kulit muka aku bebas jerawat tapi bila naik tingkatan empat hormon mulalah tak stabil.Jerawat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan je tau.Macam-macam produk kecantikan aku cuba,tengok kawan pakai oke,aku pun cuba.Sampai satu tahap aku dah malas nak fikir dah, jadi mak saudara saran aku pakai sabun papaya. Lama juga aku pakai sabun ni,tapi kulit muka aku macam tak berubah jugak.Naik putus asa tau.Aku jadi tak berkeyakinan bila jumpa dengan orang.Yelah,muka kita berjerawat merata-rata nak jumpa orang pun rasa malu tau.Dan,jeng jeng...

Tok(nenek) aku perkenalkan bedak sejuk,rahsia turun temurun.Dia suruh aku amalkan setiap malam.Dalam seminggu,macam tak percaya je tau jerawat dan parut jerawat aku sudah semakin kurang.Giler lah kalau aku cakap tak seronok kan.Sampai sekarang aku amalkan walaupun sekarang ni macam-macam produk kan.Pening betul.Ramai juga kawan-kawan aku bukak bisnes produk kecantikan,tapi aku memang tak berani nak cuba,sebab takut kulit aku sensetif.Dari dulu sampai sekarang aku hanya pakai 1 jer produk tak berani nak tukar.Alhamdulillah,kulit muka aku oke,walaupun taklah semulus Maya Karin.hee 

Adik aku kulit dia bermasalah sikit,dan juga sensitif.Macam-macam juga dia cuba dan yang last dia cuba produk kawan aku jual,Fellina.Dia makan dalam 1 bulan,aku balik tengok kulit dia hari tu memang berkesan lah produk tu.Tapi disebabkan adik aku ni bukan kerja lagi jadi terpaksalah berhenti tak boleh nak ambik.Jadi aku sarankan dia guna produk yang bebas minyak,sebab kulit yang berminyak yang membuatkan jerawat naik.Bila malam kami guna produk yang setia iaitu bedak sejuk.weeee. >.<

Mak aku cukup pantang kalau dengar aku ke adik aku ke,nak cuba produk baru-baru ni.Tambah-tambah harga mengancam gini,hehe biasalah aku kan pelajar mana lah nak mampu.Jadi mak aku pun keluarlah petua zaman dia dulu-dulu.hehe


Mak : mak dulu-dulu tak guna produk apa aih,rajin amalkan ulam-ulaman ja.Ulaman ni banyak khasiatnya,pahit itu ubat.

Aku : gulp!pahit! eee,tak suka ulam!


Antara ulamannya pegaga,pucuk paku,pucuk putat,pucuk ubi,petai,kacang kelisa.Kalau zaman sekarang senang je boleh juga dapatkan tomato,timun,terung.Senang je kan.Aku dulu,memang tak makan langsung sayuran yang berwarna hijau ni.Tapi sekarang dah jadi feberet aku tau.hehe.Makan macam snek je,kehkehkeh.

Tengok lah mak aku,walaupun umur dah 45 tapi masih nampak muda gitu.hee,sampai orang cakap kakak aku,haa jangan memain yea.Kulit mak aku bebas jerawat,licin je tau.Tak da bekas parut pun.Kalau nak tengok contoh lain,korang tengok maksu aku,lagi lah mulus kulit dia,bebas jerawat.Ada sampai orang minta petua rahsia kulit cantik.Petuanya senang je,kami hanya amalkan ulaman dan bedak sejuk.Mak aku ada cakap,jangan terlalu bergantung pada produk takut bahan kimialah,nanti bila dah tua kulit muka berlubang-lubang.eee,tak nak lah aku. 


Meh aku kongsikan sikit cara buat masker :
Asam jawa,tepung beras dan serbuk kunyit.Bancuh dengan air sehingga pekat dan lumurkan pada muka.


Nak bagi muka kelihatan muda dan berseri sentiasa amalkan ulam-ulaman yea.Kalau korang ada petua,jomlah kita kongsi bersama.Selamat beramal yea.

Terima kasih sudi baca.




p/s : kalau sesiapa nak cari Fellina boleh berhubung dengan kawan aku Wana.Dalam sebulan kulit dah nampak perubahan.Boleh pm aku.




dari google : ni lah bedak sejuk,tambah bunga melur sangat wangi.
:)