Monday 11 March 2013

Aku , Makeup dan Photoshoot

Assalamualaikum...

Tengah buat apa tu semua? aku macam biasalah hari isnin pagi sampai lah ke petang ada kelas.Penuh.Nasiblah hari jumaat,sabtu dan ahad aku cuti.Yeayy! Sapalah tak suka cuti kan mesti tak da perasaan orang tu.Hee.Petang ni hujan turun tapi tak berapa lebatlah ,hujan rabu-rabu tapi nasiblah tingkap dekat bilik aku ni dah ok.Selamat cadar hello kitty aku.huhu.Apa tak nya selama 3 tahun aku dok dalam bilik ni sampai dah nak habis sem baru buat aduan,itu pun sebab kipas rosak. (padahal tak rosak pun.lalalal)

Kembali kepada tajuk yang gah itu,wahh macam hebat je kan.Makeup tuuu..!Macam terer tahap 3 lah kan.jeng,jeng,jeng

Kuakui,kamu yang paling ok,cintaku seratus persen..aww..aww..Sebelum masuk cerita mestilah nyanyi dulu barulah kerlass mak jemah.:p.Aku sangat sukakan makeup dan photoshoot.Tapi aku insan biasa yang lemah dek kekangan masa yang membantutkan angan-angan aku..cewaahh..Masa aku mula masuk ke Upm dulu,memang tak pandai bab-bab gini,muka tempek bedak dah terus ke kelas,lepas tu pulak pakaian mak aii,ikut suka hati je nak campur warna terang,kelabu asap,hitam tompok-tompok.Nampak sangat buta fesyen. =.=



Zaman dulu-dulu kenangan bersama  kasut Mekdi.;p

Tapi masa zaman itu,rasa macam aku lah paling cantik diabad ini.wahwah..perasan! Namun zaman terus berlalu,tahun berganti tahun dan akhirnya masuklah zaman 2013 yang penuh dengan keceriaan mewarnai hidup aku.Aku ambik kelas belajar makeup.Ingat senang ke,yang penting pastikan niat kita betul yea.Aku belajar kelas makeup dengan cikgu Sal. Aku kenal dengan beliau dalam facebook je.See,ingat aku online saja-saja ke,aku sedang belajar sesuatu yg baru disamping tambah kenalan baru.Hee.Meh kita tengok hasilnya.Jeng,jeng jeng...


aku pakai bulu mata berat..=.=

Macam-macam aku belajar lagi pasal makeup,berbayar oke,barulah kita semangat.

Dan seterusnya mengenai photoshoot.Wahh! aku sangat teruja sebab bersama Nikon, hehe.Nak tengok hasilnya tak...terimalah aku pokok kayu yang kaku. =..=



aku sedang mencari damai dihati..cewahh...;p


Sebelum itu,aku nak kongsikan sedikit ilmu fesyen untuk semua.Aku lupa nama designer tu =.= Jika kita berfesyen macam mana sekalipun,jangan lebih dari 3 warna di badan.Oke,senang macam ni lah kalau dah pakai,baju merah,kasut biru,tudung hijau,jangan la pulak pakai seluar kuning.Hee.




Sehingga kita ketemu lagi. :D