Wednesday 3 April 2013

Simpulan Bahasa UPM

Assalamualaikum...

Minggu ni midsem break jadi ramai yang dah kemas barang,masing-masing nak balik kampung halaman.Sapa yang tak da kampung tu balik lah bandar yea.ehehe.Aku?? yea,aku masih lagi dalam bilik sedang buat kerja yang berlambak.Bila kerja semua dah siap barulah boleh balik dengan hati yang tenang.ececece. :P. Alhamdulillah,video 1 shoot aku dah diterima oleh Dr.Notts.Sapa yang tak gembira pabila hasil kerjanya diterima kan.kan.Tapi aku bukan nak cerita pasal tu,tapi nak cerita mengenai simpulan bahasa yang kami semua kena buat.(entri selanjutnya 1 shoot,tunggu,hehe)

Seperti yang pernah aku cakap sebelum ini pengalaman tidak dapat dibeli apatah lagi dibajai.wahhh gitu.Aku nak ceritakan sedikit sebanyak pengalaman aku semasa membuat tugasan yang diberi.

*****************************************************

Kelas jadi kelam-kabut akibat masing-masing memikirkan simpulan bahasa yang mahu diletakkan di jadual dalam slide Dr.Notts sediakan.16 kumpulan tau uolss ingat 2,3 je ke habis tu perah lah otak supaya dapat keluarkan idea dalam kepala masing-masing.hehe.Pada mulanya Dr. suruh kami buat 25 slide.Apa 25? haha rilex,jangan gelabah ok,akhirnya 12 saja.Lega rasanya.Setiap satu kumpulan akan diberi peluang untuk mengutarakan simpulan bahasa yang sudah difikirkan,kena cepat-cepat tau.Kalau lambat,akibatnya terlepas ke kumpulan lain lah jawabnya.Aku dan ahli kumpulan yang lain apa lain fikir lah,macam nak jawab ujian ja.=.=

Disebabkan banyak kumpulan,maka banyaklah sama simpulan bahasa dengan kumpulan yang lain.Penat juga nak fikir ye lah,sebab tak sedia mental dan fizikal lagi.Masuk je kelas Dr.dah suruh kami buat,nasiblah tak kena hantar hari tu juga,kalau tak pengsan kami dibuatnya.Hee.Kumpulan aku Cempaka Sari,number 7.Macam nak gaduh je bila kumpulan lain cakap sama dengan dorang.Ish.sabar jelah.(macam kaki gaduh pulak aku ni yea.keke)

Akhirnya lengkaplah 12 simpulan bahasa kumpulan aku.Pakai main cakap je apa yang terlintas di fikiran,tapi bila tengok balik,macam ada yang tak logik je.hehe.

Antaranya : 

  1. mata duitan                
  2. celik huruf
  3. bongkok tiga
  4. mata keranjang
  5. jalan mati
  6. bertih jagung
  7. bujang terlajak
  8. hati gajah
  9. patah hati
  10. sejuk perut
  11. hati kuman
  12. bapak ayam
Lepas dah semua puas hati dan tidak sama dengan kumpulan lain,Dr.suruh kami semua ambil gambar bagi membawa maksud simpulan bahasa tersebut.Jom saksikan gambar kumpulan aku.Pelbagai aksi tau. :D


teka lah..hehe
Kalau tengok gambar je,agaknya faham tak simpulan bahasa yang kumpulan aku nak sampaikan tu?Haa,kacang bendi je neh :P




nampak tak lorong gelap.kekeke..#ish,ish budak sekarang :p
Kenapa 6 ja ? Haa,ni lah aku nak cerita ni sebabnya lagi 6 kami kena reject lah sebab ramai yang tak faham maksud yang nak disampaikan.Ermm,tapi kami faham je pun.Hee,dah kami yang buat,mestilah puji kan,kan,:D

Kalau ikutkan aku,malam ni juga nak buat pembetulan.Tapi memandangkan ada juga yang sudah balik kampung,tak dapat den nak menolong lah.Jadi kami tunda lah sampai minggu depan.Dan minggu depan akan jadi bertimbun-timbun kerja.:)

Apa motif ?
Mesti ramai yang tengah fikir apa motif Dr.suruh kami lakonkan makna simpulan bahasa tersebut,siap kena betul-betul lak tu kan.Kita fikir secara positiflah yea,apa yang aku nampak sebenarnya Dr. nak kita praktikkan apa yang telah belajar sebelum ini iaitu asas grafik dan fotografi.Kalau setakat belajar tapi tak praktikkan tiada guna juga kan,ibarat masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Sia-sia je lah.Yang paling penting,slide simpulan bahasa kumpulan aku, kami letak lagu Stacy (pakai buang).Memang kena letak lagu pun,barulah nampak semangat sikit.


Sekian saja,jumpa di entri seterusnya.:D