Sunday 14 April 2013

Impian Tercapai di Cameron Highland

Assalamualaikum...

Aku baru balik bercuti dari kampung,seminggu rasa macam cepat je kan.Yelah,balik sibuk dengan kerja mestilah rasa cepat.Tak sempat nak pergi bercuti ke mana-mana pun.Sabarlah wahai hati,nanti aku bawak kau pergi korea,oke dalam mimpi,kehkehkeh. =.=  
Selalunya,kalau ada cuti je aku akan pergi bercuti,dalam Malaysia je lah yang mampu pun.Tapi bukan guna duit mak abah aku yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian,mintak perhatian semua,duit aku sendiri.Duit yang aku simpan khas untuk pergi bercuti.Kadang-kadang kita kena belanja untuk diri sendiri jugak.Memang hobi aku pun pergi berjalan-jalan ni.hehe.

Kalau siapa yang singgah ke blog aku mesti perasan yang aku ada buat list impian iaitu Melody's Dream. #tengok cepat! .Salah satunya ialah cameron.Memang aku tak pernah jejak kaki lagi dekat cameron ni,teringin sangat nak pergi sebab cameron ni adik beradik dengan korea,hehe.Inilah salah satu tempat yang tak pernah aku sampai lagi kecuali Sabah dan Sarawak ye,hehe.Aku pernah rancang dengan kawan-kawan aku nak pergi sini,tapi biasalah masing-masing ada hal,kena tunggu semua cuti barulah boleh pergi sekali.Dalam perancangan aku,nik,ean and the geng,tapi maaflah korang aku pergi dulu.hehe.Aku pergi dengan bas Upm,sebenarnya sebelum hari kejadian aku pergi buat kajian di Perkampungan Orang Asli di Tapah,Perak.Dalam perjalanan balik,kami singgah di Cameron.

Aku pergi ke Cameron ni pada 24/3/2013,tapi baru buat entri hari ni,dah basi pun.boo ziela,booo,booo.=.=  Maaflah, 3 minggu baru sempat kan,nampak sangat sibuk,nampak je lah kan.hehe.Tapi apa-apa pun aku sangat bersyukur kerana separuh impian aku sudah tercapai.Bagi orang mesti biasa je pun,tapi bagi aku ia sangat bermakna tau walaupun hanya lebih kurang 4jam je dekat atas sana.
Jom kita tengok permandangan cantik dekat atas sana.



ni nak menuju puncak atas,jalan bengkok tau,#masa ni hujan rintik-rintik je



tempat penginapan.#tapi aku bukan sewa dekat sini.hehe..kami tido dalam khemah je



cantikkan permandangan atas ni,boleh lah kalau nak honeymoon sini.kehkeh


Dalam perjalanan tu,aku pejam mata tak boleh tengok sangat takut muntah.hehe,yelah jalan dia kan bengkang-bengkok sikit.Sejuk tau dekat sana,nak je aku bawak baju tebal-tebal,nak cakap duduk di oversea la kununnya bila ambik gambar nanti.Tapi disebabkan segan juga,lalu aku membantutkan niat tu. =.= 


aku naik bas upm ni lah,gagah tau 'dia' bawak kami semua naik atas # selamat


Dalam pukul 2.30 ptg kami sampai dan hujan pulak turun masa tu,alamak! tak syok lah nak jalan-jalan tengok strawberry nanti.Lepas makan,hujan tak lah lebat sangat aku gagahi juga nak pergi tengok apa yang ada dalam tu.



bas berhenti dekat MARDI ni je,jadi dalam ni jelah kami beli apa yg patut dan snap,snap


Teruja sangat memandangkan aku ni first time jejak kaki di sini.Biarlah orang nak cakap beruk maknyeh ke.(tiba-tiba emo,apesal!) aku apa lagi snap,snap,wahhh gitu.Nasib lah ada kamera Husna,apa lagi aku posing maut lah,kalau boleh setiap tempat aku nak snap,haha.kadang-kadang over pulak.Rasa macam nak menjerit je HEY,DUNIA AKU DAH SAMPAI DI CAMERON!

Gambar aku?haha tak payah cakap lah memang ada.Dimana ada bunga,disitu ada aku.heee



cantikkan bunga dekat sini,macam nak bawak balik je..hehe



cantik pintu gerbang ni,ada bunga lak tu 



nampak tu TAMAN BUNGA,jadi banyak tau bunga dalam tu..waaa teruja betul aku.;p


Sikit?oh,silap banyak lah.malas nak letak banyak nanti korang muntak pulak tengok gambar banyak-banyak kan.hehe.Perasaan aku masa ni memang tak payah nak cakap lah,seronok giler macam menang 1 juta.#over pulak sampai juta-juta kau jemah.:p


Aku tak beli banyak mana pun dekat dalam tu,ada 1 gerai je itu pun Mardi punya.Jadi aku belilah teh strawberry dengan yang dipesan oleh umi,kawan aku.Aku tak reti lah nak shopping barang sikit-sikit ni.Kalau dekat mall ke pandai lah aku nak shoppingnya.hahaha.Oppss,sebelum terlupa aku ada beli cactus tau,weee tapi tak pandai jaga.Kawan aku cakap tak payah nak siram pun,jadi aku belilah jugak bagi nampak kenangan sikit.Aku letak tepi tingkap dekat bilik aku.Dia ada bunga tau warna kuning.Secara kesimpulannya,aku sudah lulus dalam bab jaga bunga ni.haahaha. 

Dalam pukul 5ptg kami pun bertolak balik,masa balik hujan lagi,seramnya masa nak turun.Macam-macam aku fikir.Bagi mengelakkan diri ini muntah dan pening jadi aku ambik keputusan untuk tidur je lah.Sedar-sedar pun dekat Hentian Tapah dah.hehe.


Dalam pukul 11malam kami sampai di kolej dan penat jangan nak cakap lah kan.Tapi aku syok giler sebab separuh impian aku sudah tercapai.Kalau kawan-kawan aku nak pergi lagi,aku nak join jugak,kali ni nak stay sana pulak,dan masa tu barulah boleh pakai baju tebal-tebal dan feeling di oversea gitu.hehe.






Jauh perjalanan,luas pemandangan.

Terima kasih sudi baca.Jumpa lagi. :D