Thursday 18 April 2013

BBM 3410 : Pengalaman Video Seram


Assalamualaikum...

Minggu lepas sebelum cuti seminggu kami diberi tugas oleh Dr.Notts untuk buat video seram.Apa seram !! hantu! haa,macam gitu lah mimik muka budak-budak dalam kelas aku.Nak balik ke nak buat video dulu,ofkos lah nak balik.huahahaha.Jadi masing-masing ambil keputusan balik kampung dulu dan datang awal sini buat video.Sekali lagi,ternganga mulut aku,datang AWAL? memang taklah jawabnya.hehe jadi memandangkan semua asyik dikampung,maka kami cadangkan terpaksa juga buat video hari isnin.ha kental tak kental sangat lah kan,hari rabu dah nak kena present dan isnin baru terhegeh nak buat.korang bayangkan lah sendiri.=.=

Nak dimulakan cerita,hari isnin malam baru keluarkan idea nak buat cerita seram apa?jalan cerita macam mana?ha masa tu lah masing-masing perah otak memikirkan cerita paling seram,konon-konon lah kan.Aku bagi idea nak buat cerita Ju On,huahah disebabkan kawan aku ada jugak yang tak suka tengok movie seram ni,aku terpaksa cerita jalan ceritanya.Dan pada masa yang sama ada jugak cerita kisah benar dikeluarkan.waaaa seram beb! Pabila jalan cerita dah dapat dan masing-masing setuju,maka jadilah Bilik 408.Seram tak ?takut tak ? jeng...jeng...

Masing-masing main peranan yang diberi.Ha,memang sangat diperlukan saat-saat genting nak buat video.Aku jadi apa ?haha tunggu tak surprise lah kalau cakap awal kan.hehe.Setelah tetapkan aku jadi apa,kawan aku yang lain jadi apa,maka tak boleh lah nak elak dari tak buat kerja yea.pantang betol aku! Disebabkan aku pegang watak hantu,maka scene aku lambat lagi,dan secara tak rasminya aku pengarah dalam scene awal dalam pembikinan video.Dan ditambah oleh kawan-kawan yang lain.

Nak jadi satu scene pun memang susah betol.Macam mana lah kan orang yang buat filem kan,waa sangat hebat!Disebabkan aksi tak jadi maka banyaklah kesilapan yang kami perlu perbetulkan dan practise make perfect! haa,gitu lah kami buat berulang kali tau,nak hasilkan video yang terbaik buat peminat semua.hehe.Dengan masa yang kami ada sangat terhad,kami gunakan sebaiknya dan habiskan malam tu juga.Tak nak tangguh lagi,dan esoknya dah boleh edit.

Aku memang dengan rela hati nak lakon watak hantu.hehe sebabnya nak merasailah kononnya,dapat feel gitu.Tapi bila lepas pakai darah lipstik jer,keke ,kawan aku cakap, eh,eh bukan macam muka ziela lah,hah! cuak aku.Aku fikir takut hantu betul tumpang badan aku jer,ha tak ke haru-biru nanti.ish,ish.Tolak ansur sangat diperlukan dalam nak hasilkan video seram ni,sebab kalau ada sorang yang tak nak berlakon,hanya nak rakam je,mana boleh kan.Jadi nasiblah kumpulan aku,kami saling bertolak ansur antara satu sama lain.Sebab masing-masing faham situasi yang mana semua orang ada banyak kerja,bukan kerja ONLINE semata-mata jer.

Bila dah siap kami rakam video,fuhh,boleh lah sikit nak tarik nafas lega sebabnya beban dibahu ni macam dah ringan sikit je.Malam berikutnya iaitu hari selasa kami sekali lagi berkumpul di bilik Shikin,dimana bilik dia juga lah kami merakamkan video seram tu.hehe.Tapi kali ni kami datang nak edit video.Fulamak! ingat senang kacang bendi ke nak edit video ni susah mak aii! dan aku pulak dah tak berapa nak pandai sangat jadi pada mulanya Umi,kawan aku lah yang edit guna movie maker.Ambil masa juga nak edit ni sebab kan nak cut video yang tak jadi la,dok gelak la,tak kan nak letak semua dan setempek dalam video tu.ish,ish.

Dan malam mulalah melabuhkan tirainya.Sekarang giliran aku pulak edit video dan cut yang mana tak berkenaan.Mulanya oke lagi sebab waktu tu jam menunjukan pukul 2 pagi,dan sehingga pukul 4 pagi,ughhhh! tak tahan mata oii.Mata aku jadi pedih sebab mengadap laptop ni ha nak edit nak masuk bunyi seram lagi,nak sesuaikan dengan video lagi.ambik masa juga tu.Aku tengok ada kawan aku dah sedap lentok dah,uwaaa sedapnya dapat baring,xpa ziela,go.go..go...dan dah siap aku buat,dan bila nak save,jadi masalah pulak!adoii! Dia jadi loading lama tau,bukannya kejap sampai tertidur aku tunggu,dan semestinya tak boleh.Kalau tak salah dalam pukul 4.30 aku tertidur dan pukul 5.30pagi terjaga.sejam je. =.=

Pukul 6.30 aku balik bilik,solat dan janji jumpa balik pukul 8.30 nak edit.Tapi aku,tidur sampai tak ingat dunia terlajak sampai pukul 10pagi.Ya Allah! aku dah janji dengan dorang.Nasib masa Husna telefon cakap tunggu dekat bilik dia,sebab nak aku masukkan bunyi seram je.Kesian Uni,dia tak tidur langsung.Boleh pulak kan aku tidur tak fikirkan orang lain.ish,ish,maafkan aku.=.=.
Rasa bersalah sebab aku tertidur sampai tak ingat dunia,sedangkan ada orang yang tak tidur langsung.

Pukul 12tengahari dan sepatutnya kami sekarang sudah berada dalam kelas,dan disebabkan ada masalah teknikal video kami tak boleh nak save,jadi apa lagi pakat kalut lah.Sampai ke kelas,dah mula tengok video,dan aku masa ni perasaan bercampur-campur,macam kuah rojak ada tau.Rasa nak menangis je sebab video aku tak boleh nak  tayangkan di depan.Takut! Nasib ada kawan aku,suruh aku bagitahu dekat Dr.Notts siap-siap mengenai masalah yang kami hadapi.Dan,jeng..jeng.. alhamdulilah Dr.Notts izinkan video kami dikebelakang sikit untuk ditayangkan.Nasib jugak kawan-kawan kelas (Bitara kumpulan 8) boleh bertolak ansur supaya video dorang tunjuk dulu,memandangkan kumpulan aku number 7.Terima kasih juga buat Shasha,tolong save video kami.

Alhamdulilah,video seram kumpulan aku sudah dilancarkan di youtube petang tadi.Jomlah kita sama-sama saksikan.Terima kasih sudi baca. 





KLIK SINI VIDEO SERAM (YOUTUBE)

# boleh klik disini.







p/s : nantikan video seterusnya dari kumpulan aku,
                             video tanpa wajah. ^^