Wednesday 13 March 2013

Mengimbau Kenangan Teknik SP2

Assalamualaikum...

Kenapa aku rajin update waktu-waktu macam ni eh ?Sebabnya ialah word dan powerpoint aku tak boleh bukak.Tak tahulah apa masalahnya,dah la aku ni tak tau sangat pasal komputer.pandai online dan guna.Dia sakit ke,demam ke aku memang fail lah!Huhuhu.Rasanya esok baru nak bawak dia g klinik jumpa doktor pakar.Kesian kat dia tuan dia buta segala-galanya. =.=

Berbalik kepada tajuk Kenangan Teknik Sp2?apakah?Sebenarnya tu lah sekolah aku dulu,yang penuh suka dan duka semasa bergelar pelajar.Aku sekolah selama 2 tahun dekat sana,tingkatan 4 dan 5.Apa yang menarik untuk aku mengimbau kenangan ni kembali sebabnya aku rindukan suasana yang happening dan sentiasa aktif.Minggu lepas ada aktiviti Hari Keluarga Linguistik Melayu dekat UPM.Aku tersangatlah excited uolss sebab aku macam kembali ke zaman sekolah dulu-dulu.Tapi suasana yg sangat berbeza.Mungkin sebab faktor usia anak gadis malu untuk melakukan aktiviti sedemikian,tapi bagi aku buat apa nak malu-malu kucing.Ahh!aku masuk semua aktiviti uollss,kecuali tiup tepung je sebab tak nak muka putih sangat.hahaha

*****************************************************

Sekolah teknik adalah sekolah yg berasrama,sebulan sekali baru boleh balik itu pun kalau tak kena tahan dengan warden lah.hehe.Cik Ton! Masa dekat sekolah dulu aku tersangat-sangat lah aktif.Nampak tak kata ganda yg salah hanya nak tunjuk betapa aktifnya aku dekat sekolah dulu.Sampai kawan-kawan panggil aku budak giat! Ok,fine. =.=

Tapi aku tak kisah pun,sebab aku suka.Semua aktiviti sekolah atau pun asrama aku masuk.SEE,kadang-kadang over tau nak masuk sampai cikgu tak bagi sebab aku dah banyak persatuan.Hahaha.Dekat sekolah aku rajin masuk segala pertandingan yg dianjurkan.Macam-macam antaranya baca sajak,pidato,baca berita,tilawah al-quran,kuiz,dan drama pun ada tau.Haa,jangan main-main tau.Aku mewakili sekolah dalam peringkat daerah untuk kuiz agama Islam.Jadi 'Senah' dalam drama English peringkat daerah uolss..Hee,walaupun BI aku bukanlah hebat sangat ,tapi aku suka benda yang baru.Bagi aku itu satu pengalaman yg tak dapat dibeli.Baru cabaran uolsss..

Kalau diingat pasal 'burn muka' memang tak payah nak cakap lah.Aku aktif Kadet Polis sampai peringkat negeri kami pergi tau.Setiap kali lawan sekolah kami Johan ok,Johan!Semuanya dibawah tunjuk ajar Sir Billi.Bola tampar sampai peringkat daerah.Tapi bila aku kat Upm ni,aku jadi macam kera,ke apa tah macam slow slow gitu,mungkin tak da sekepala kot.Sebab aku ramai kawan yg ayu gituu..aww..awww mak jemah.;p

*****************************************************

Bukan dekat sekolah je aktif,balik asrama pun sama je,,aku masuk dikir barat.welawehhh..hehe.Tapi segalanya berubah pabila aku masuk tingkatan 5 sebab aku mempunyai tugas yg sangat besar iaitu aku dipilih menjadi Penolong Ketua Blok.Ingat senang ke nak kawal manusia yg pelbagai masalah dan banyak ragam,dan beratus-ratus.Ok!Masa ni aku dah start serius uollss,kalau baik-baik nati dorang pijak pala aku.Walaupun aku ni kecik,namun semangat aku kuat nak handle semua makhluk ni tau.Kes rampas henset la,ponteng prep la,aku lah ketuanya.hehe.dan kemudian aku dicop 'pengawas giat'.Well dah keja aku lantak lah nak kata apa pun,aku tetap rampas jugak.huahaha.

Oh!kenangan,kenangan mengusik jiwa ragaku..lalalala..nyanyi sat tapi lupa lirik..;p

Kalau dekat sekolah pun,aku bukannya baik sangat.ermm kadang-kadang kurang ajar jugak dengan cikgu,tambah-tambah cikgu fizik.hehe...ampun cikgu Nazri.Lepas buat salah,akulah orang yg pergi bilik guru mintak maaf.Yela,nanti tak lulus exam sape nak jawab..Kalau duduk asrama memang tak sah kalau tak tido dalam kelas.Dah lah duduk depan,boleh pulak tertido.hah tertido masa Cik Sab tengah ngajar Addmate.(opss,sekarang dah puan oke,) kena denda la apa lagi,dengan cikgu Maznah kena cubit kat perut sebab tertido jugak.hehe..

*****************************************************

Selepas 5tahun terpisah dengan kawan-kawan,sekarang masing-masing dah berjaya.Ada yg sambung belajar diperingkat degree,ada yg dah keja,ada yg dah kawen.Aku masih teringat kata-kata cikgu Maznah (kalau saya tak buat macam tu,kamu tak kan jadi orang mcm skarang) ye lah sangat mendalam maksudkan.Kalau tak kena denda,cubit,jalan itik,pusing sekolah,,hehe,,memang kami semua tak kan jadi macam sekarang.Inilah jasa-jasa para guru yg tak ternilai harganya.Sayang cikgu semua.

p/s : Apa mesej yg aku nak sampaikan disini ialah kenangan memang tak dapat dibeli.Kenangan itu mengajar kita erti ketabahan,erti pengorbanan,dan menjadi insan yg berguna dimasa hadapan.Kita perlu aktif dalam apa jua kita lakukan,jangan mandom jer tak buat apa-apa sebagai kenangan.Apa kenangan aku di Upm?memang tak sama dengan di sekolah,sebab tahun sudah berubah.Tapi aku akan kutip kenangan disini walau sebesar zarah.;p.Now,2013! 

Sebelum itu aku nak lampirkan gambar zaman dulu-dulu.Beza giler muka aku.Heeee 



ni masa last prep di SMTSP2.muka sume innocent gila ;p


ni lah geng aku dekat sekolah.gengster tuu!!




masa ni ada ceramah..sentiasa happy..;p



kami pengawas asrama yg skema dan giat!.huhahah


Jadikan kenangan itu yg terindah,jangan sia-siakan masa hanya kerana perkara yg remeh.Mari kita ciptakan memori di UPM pulak.
...bye,aku nak sambung hafal,besok ada presentation.wish me luck! :D