Sunday 17 March 2013

Jangan Perlekeh Budak STPM

Assalamualaikum...

Makan bihun sup petang cenggini memang sedap,lepas tu tarik selimut,ermm kirim salam la sampai ke korea dah.hehe.Disebabkan aku tak nak tido jadi aku tulislah blog ni.Sebab mengikut kajian mengatakan kita tak boleh tido selepas asar,berkemungkinan akan menghadapi masalah mental.Jadi tongkat lah mata anda semua dengan mancis oke.hehe.Alhamdulillah,laptop aku dah kembali sembuh sedia kala dengan pertolongan adik junior budak komputer.Aku format dekat pakcik yang kawan-kawan aku cakap dekat K13,tapi hampeh dia format ke tak tahu lah aku.Semua benda dia tak install,rrr..geram sangat melayang duit aku RM90 tau.sabar jelah. =.=

Apa yang aku nak cerita hari ni mengenai pengalaman aku sendiri.Ermmm,pengalaman ko lagi senah?adusss.haha.aku suka kaitkan benda dengan pengalaman sebab boleh menjadi landasan supaya jangan ulangi perkara 2 kali.wahh gitu.Cerita dia bermula selepas aku dapat keputusan SPM .jeng..jeng..jeng...

*****************************************************

Aku serba salah selepas mendapat tawaran ke Politeknik Kulim untuk sambung di peringkat Diploma dalam bidang Perakaunan.Tapi masa tu aku dah masuk ke Tingkatan 6.Nak pergi ke tak nak?nak ke tak ?Tension pun ada tau,kalau pergi hospital komfom kena tahan sebab darah tinggi naik.hahaha.Setelah buat solat minta petunjuk akhirnya aku lepaskan tawaran ke sana dan terus fokus ke Tingkatan 6.Semasa aku tingkatan 6 rendah aku ni suka hati je nak datang kelas ke tak nak,buat sekolah tu macam bapak aku punya ja.Sampai lah satu tahap aku dapat surat amaran dari sekolah sebab banyak sangat ponteng,nasib lah Ustaz Helmi guru kelas aku tu baik uolsss.hehe jadi nasib tak kena gantung sekolah.Beliau baik dengan kumpulan aku,sampai dia panggil aku strawberry sebab aku bawak beg merah strawberry,hehe.

Hidup aku waktu tu macam tak da arah tujuan je,serba benda aku buat tak kena.Penah sekali aku nekad nak berhenti belajar nak kerja ja dekat Baling sebab malas nak menyusahkan sapa-sapa.Mana tak nya tak da siapa pun yang bagi semangat dekat aku sebaik saja aku tolak tawaran ke Poli.Semua ahli keluarga marah dekat aku.Dorang cakap, siapa-siapa pun boleh amik stpm tu,nanti sijil dia tak laku pun. 2 minggu aku tak pergi kelas oke,hehe disebabkan terlampau tekanan. =.=

*****************************************************

Masuk tahun baru masuk lah aku ke tingkatan 6 atas,namun aku bukanlah aku yang dulu lagi,sekarang aku yang baru.Dengan azam dan impian yang menggunung aku gagahi jua.Aku nak buktikan pada semua,aku pun boleh berjaya macam orang lain.Aku tak nak pisang berbuah dua kali,sebab aku dapat keputusan Spm yang biasa-biasa tak dapat nak membanggakan keluarga.Mungkin aku terlampau aktif sampai tak seimbang dengan pelajaran.Tingkatan 6 aku hanya fokuskan pada pelajaran sebab utamanya adalah U.

Alhamdulliah dalam 6 atas,aku pernah dapat number 3 dalam ujian pertengahan kelas.Bagi orang memang nampak biasa,tapi bagi aku itu satu peningkatan,yelah masa 6 bawah aku selalu dapat number yang tercorot malu rasanya nak bagitau kawan-kawan.Ramai juga tegur dengan perubahan aku,sebab aku tak pernah ponteng sekolah oke.Haaa,jangan main-main..hehee,nasib tak da hadiah kerajinan kan,kalau tak mesti aku dapat.Setiap kali cikgu-cikgu masuk mengajar,semua akan bagi kata-kata semangat pada kami.Di situ lah aku sentiasa yakin bahawa masih ada peluang untuk mengecapi kejayaan.

Kakak praktikal mengajar masuk ke kelas aku,dia tanya pada semua orang apa tujuaan kami masuk T6?Masing-masing sebab nak berjaya la,nak balas jasa la,nak dapat 4principal la.Tapi bila sampai dekat aku.

Kakak Praktikal : Awak yang pakai beg merah,apa tujuan awak masuk T6 ni ?

Aku : Saya nak masuk Universiti. :)

Ye,itulah tujuaan aku sebenar.Aku jeles tengok kawan-kawan aku.Dorang masuk Poli,Uitm boleh pakai macam-macam baju.boleh tukar-tukar,tapi aku hanya boleh pakai baju sekolah.Tapi aku selalu pujuk diri ini supaya bersabar satu hari nanti masa dia akan tiba jua.

Masa di T6 atas aku sangat kuat study,eleyy,tipu lah nampak dekat kelas selalu bergosip,makan nasik lemak je banyak.heheh..Dekat rumah nampak tak ? Tak kan lah kita study dekat rumah nak hebohkan pulak dekat sekolah kan.Jadi bila habis sekolah,waktu malam aku study balik apa yang belajar dekat sekolah,supaya tak lupa.Tambah-tambah subjek Syariah yang kena hafal hadis dan ayat ahkam.banyak tau.sapa tak hafal habuan dia kena rotan dengan Ustaz Wahab lah.hehe. Aku masih ingat ada orang tanya aku,subjek Sejarah Spm dapat berapa? Aku cakap dapat D.wahh teruknya,boleh ke nak ambik Sejarah Stpm ni ? Aku hanya mampu diam seribu kata. 

*****************************************************

Sebelum aku bawak kereta ke sekolah,aku naik bas dulu,yelah masa tu tak dapat lesen lagi.hehe.Aku masih ingat lagi budak laki dalam bas cakap dekat kawan dia,tapi sambil perli aku.Belajar sampai sekolah teknik Sp,alih-alih masuk tingkatan 6 jugak. sampai sekarang aku dendam.ye memang salah kan tapi apa boleh buat sebab hati aku sangat terluka. =.= Lepas hari tu,aku dah tak nak naik bas,abah aku bagi aku bawak kereta ke sekolah,walaupun masa tu baru dapat L.hehehe

Aku pantang dicabar? ye memang.Aku tak suka orang perlekehkan aku.Aku akan buktikan aku pun boleh berjaya.Setelah 2 tahun,akhirnya keputusan diumumkan..jeng jeng jeng.....Alhamdullilah aku memperoleh keputusan yang cemerlang 3A1B+ (dapat top 10 sekolah). sayangnya Pengajian Am dapat B+,ampun cikgu Sobri.mungkin aku salah graf. =.= .Teruja?ya aku sangat teruja sampai tak boleh diucap dengan kata-kata.Pengorbanan aku selama ini membuahkan hasil.Aku telah membuka mata orang yang selama ni perlekehkan aku.


Untuk berjaya kita perlu:
-jaga hubungan dengan Allah
-jaga hubungan dengan Ibu Bapa
-jaga hubungan dengan sesama manusia. (kakak praktikal yg bgtau dan aku masih pegang dgn kata-kata ini)

Sebelum terlupa aku baru dapat berita yg kononnya dulu budak laki(perli aku) yang belajar di SMB dia jugak sekarang masuk Tingkatan 6.Kenapa tak masuk U terus dik ??

****************************************************

Alhamdulillah,syukur yang tak terhingga aku boleh berjaya sampai ke tahap ni.Berkat dorongan para guru,doa mak abah,usaha aku yg tak penah putus dan yg paling besar dengan izin dari Allah.Sesiapa yang berusaha pasti akan dapat.Allah tak akan mungkiri janji pada hambanya,jadi janganlah mudah putus asa.Setiap orang dilahirkan untuk berjaya,dan kita lah yang akan pilih jalan menujunya.Walaupun aku kecapi kejayaan dengan tempoh yang panjang (2tahun Stpm),syukur aku belajar percuma sebab ditaja oleh biasiswa (JPA).Syukur ya Allah.

p/s : Mesej yang aku nak sampaikan disini ialah,kita jangan lah sesekali perlekehkan orang lain.Jangan kita berasa diri kita sudah hebat langsung tak nampak kelemahan diri sendiri.Jika kita tunding jari dekat orang,4 lagi datang pada kita.Biar kita kayuh sampan perlahan untuk sampai ke muara,jangan dengan sebab riak naik kapal ditenggelami gelora.Buat adik-adik yang akan ketahui keputusan 20hb ni,tawakal dan redha dengan apa saja keputusan.Jika cemerlang alhamdulilah,jika kecundang janganlah putus asa.Terus bangkit!


Dr.Falsafah aku cakap,kita jangan terlampau gembira dengan kejayaan.Sebab jalan kejayaan masih panjang dan setiap insan itu perlu mencarinya.



Yang baik itu datang dari Allah,yang kurang itu dari diri aku sendiri.Wassalam. :)







15 comments:

  1. seronok la bace blog ni..haha,walaupun x bce sngt pun..haha

    ReplyDelete
  2. saya baru je masuk form 6. mak ayah saya macam tak berapa suka. yelah duduk sekolah kan. tapi diorang tak paksa saya untuk keluar. tapi saya nekad nak buat betul2 utk stpm. nak masuk U macam orang lain jugak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,adik insan bertuah sebab sebelah kaki sudah menjejak kaki ke tangga U,buat yang terbaik kejayaan sedang menunggu kita di hadapan.Buktikan pada semua.Akak doakan moga adik berjaya. =)

      Delete
  3. nice... suka bca blog akak... bleh naikkan kembali smngat nk blajar sy.... ^^ btw sy pn amik form6 jgak... wish me luck,,,, huhu... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih baca blog akak.Akak kongsi pengalaman sendiri jatuh bangun.InsyaAllah adik pun boleh berjaya.Yang penting usaha sehabis mungkin.Kejayaan sedang menunggu kita di hadapan,usah gentar.Lakukan yang terbaik. =)

      Delete
  4. teruja sangat dapat masuk form 6 2015 nak buat yang terbaik...pergi sekolah pun best tak pakai baju sekolah lagi ehheehhe pkai baju formal nampak macam budak u dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Alhamdulillah..moga beroleh kecemerlangan di atas usaha yang dilakukan.InsyaAllah. =)

      Delete
  5. Seronok baca entry nie :) saya jugak ambik form6 batch 96. Hope akak akan terus berjaya dlaam hidup. Doakan sayaaaaaa tao 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab baca blog akak..akak doakan moga awak berjaya menempuh alam form 6,dan dapat kecapi impian yang menggunung.Jangan putus asa tau,yakin diri boleh. =)

      Delete
  6. assalammualaikum akk ;) akk dulu ex student mne? satu gie akk, entry akk best la.. chaiyokk.. fighting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam,maaf yea dik akak lambat balas komen sini.Akak dulu ex student Sekolah Menengah Baling,Kedah.hehe terima kasih sebab baca blog akak..Moga adik terus berjaya dan ceria selalu. =)

      Delete
  7. best la cerita akak.. sekarang ni akak lepas
    stp akak sambung mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab baca blog akak.heheh.lepas tamat STPM akak dapat tawaran sambung belajar ke UPM. =)

      Delete
  8. Baru dapat aura semangat untuk teruskan perjuangan. Org lain Tak tahu ke f6 ni shortcut utk terus ke degree. That's why Tak amik diploma.. Hm inshaAllah saya seorang lower six ni akan berperang dan berjuang sehabis mungkin. Tapi best la kak zie pi sekolah drive sendiri. Saya kena duduk asrama. Tu yang rasa mcm nak berenti huhu

    ReplyDelete