Wednesday 19 March 2014

My Degree Konvokesyen

Assalamualaikum...

Malam semalam dulu aku terdetik nak tulis dan senaraikan semua laman sosial yang aku guna,tau tak berapa aku ada? kesemuanya ada 8 laman sosial,itu belum termasuk instagram lagi.kehkeh kemain dulu cakap tak minat lah konon ambik kau kena batang hidung sendiri,padan muka!Tunggu aku beli ipong baru buat eh,hehe.Aku tulis segala email dan password dalam satu buku nota kecil.Mana la tau nanti aku mati tak da orang yang nak padam laman sosial aku ni.Kesian aku kat sana nanti.Oke jom aku nak cerita pasal Hari Jubah aku yang jatuh pada bulan Oktober.

Sebelum bermulanya kisah majlis konvokesyen ni,kami iaitu para pelajar kena semak dulu status dalam portal pelajar (Esmp) sama ada boleh grad atau tak.Kalau tak boleh alamatnya tak konvolah jawabnya.Aku masa tu takut juga yelah mana lah tau aku terlupa ambil subjek ke,tercicir maklumat ke, tak ke haru-biru.Tapi Alhamdulliah status aku bergraduat,jadi secara rasminya aku boleh grad dengan senang hati.hehe (lompat-lompat bintang) Sebenarnya aku nak update pasal Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) tapi macam-macam halangan secara ringkasnya malas,haha aku gabung teruslah kira aci eh.Aku buat tajuk Dialek Hulu dan Hilir dalam Kalangan Masyarakat di Daerah Baling di bawah penyeliaan Prof.Madya Dr.Raja Masittah Raja Ariffin.Nanti aku buat dedikasi buat semua eh.



senyum lega sebab tesis sudah dijilid.hehe

Jadi bermulalah episod nak cari baju,tudung,kasut untuk konvo nanti.Malangnya semuanya tak sempat sebab kekangan masa dan tenaga.Yelah lepas raya kan sibuk yang melampau.Aku pakai baju raya ja untuk pergi konvo nanti,cuma kasut je yang beli sebab kami diminta untuk pakai kasut sarung.Malam sebelum bertolak baru aku pergi beli dekat Sungai Petani nasiblah ada yang berkenan dihati.Abah cadang nak bertolak pagi dalam pukul 9.am bajet dalam petang sudah sampai sana.Oh,ya aku pergi awal sebelum hari kejadian iaitu hari Sabtu.Nak dijadikan cerita kami bertolak pukul 10.am sebab aku terlupa bawa resit untuk ambil gambar.Sampai dekat Pengkalan Hulu baru tersedar nasiblah belum sampai Tapah lagi kan.huhu

Aku yang drive dari Baling ke Kl,gigih tak gigihlah kan.haha.Oh,ya kami pergi berlima je sebab adik aku yang lagi 3 orang tak dapat ikut.Angah tak dapat ikut sebab kerja,abgcik dan adiklie ada exam.Kami berhenti makan,solat,rehat kira-kira dalam pukul 3.pm dah sampai Upm.Aku saja lah nak tengok hotel manalah tau ada yang kosong lagi ker,tapi harap maklum penuh semuanya.Rasa rugi pula sebab tak booking awal-awal,murah kot dalam RM50/day.Sebenarnya dah janji nak bermalam dekat rumah makcik aku je dekat Nilai,dalam 30 minit ke Upm.

27/10/2013 merupakan tarikh hari kejadian berlangsungnya majlis konvokesyen aku.Fakulti aku kena sesi petang dalam pukul 2.pm. Aku bertolak dari Nilai dalam pukul 11.am sebab nak tangkap gambar dulu.hehe.Rasa menyesal pula sebab aku tak beli kamera masa dulu,bila saat genting gini barulah terfikir kegunaan dia kan.Jadi aku ambil khidmat photographer sebab nanti senanglah dia nak ambil gambar aku bagi cantik-cantik.Terima kasih Zaim and the gang.Dalam pukul 2.pm kami diminta beratur masuk ke dewan mengikut fakulti masing-masing.Tau tak untuk bezakan fakulti ialah dengan tengok kain atas bahu jubah tu,apa eh orang panggil?aku lupa lah.



fakulti aku warna peach.itu yang membezakan fakulti

BACHELOR BAHASA & LINGUISTIK MELAYU,MINOR PENDIDIKAN ISLAM

FAKULTI BAHASA MODEN & KOMUNIKASI


Cuba tengok gambar dalam studio ni adoi jubah aku nampak sangat berkedut-kedut.Aku malas nak iron nanti nak masukkan dalam beg lagi.Orang lain kemain gantung dalam kereta,dasar pemalas betol aku ni.Masa dalam dewan kami diminta bangun untuk nyanyikan lagu Negaraku,lagu Putra Gemilang dan Vvip masuk.Masa kena panggil ya ampun,macam nak luruh jantung ni ha.Ramai giler kot dalam dewan tu,dengan waris lagi.Segan ya amat dan rasa nak nangis pun ada tau.Apa taknya Impian aku si gadis kampung tercapai untuk jalan atas pentas dan ambil scroll lah orang panggil kan.Tu tengok gambar aku dekat atas yang aku pegang tulah.

Adik aku 2 orang tak boleh masuk sebab kami hanya dapat 2 surat jemputan untuk keluarga,kira mak dan abah je yang dapat masuk.Tapi tak pe sebab adik aku cakap dekat luar pun boleh tengok sebab dorang pasang screen besar dekat dalam khemah menunggu tepi dewan.Masa keluar mak aku cakap,abah titis air mata.Mana lah pernah aku tengok abah aku gitu.Lelaki kan susah nak menangis.Dia bangga anak dia dapat berdiri sama tinggi macam orang lain.Mak yang cakap.Lepas keluar dewan hujan masih lagi turun tau,nak tangkap gambar macam mana.Kira-kira dalam pukul 6.pm baru boleh itu pun beberapa keping jer nasiblah pukul 12.pm dah habis posing dengan mak abah dah.Jomlah tengok gambar disekitar Majlis Konvokesyen kali yang ke-37 UPM.


hadiah buat mak dan abah. i love both of u.



kawan baik aku di Upm,bertiga jer sebab uni ikut family dia,huu
dari kiri : husna, aku, umi 



bersama uni selepas keluar dewan #bestfriend
pelajar pandai fakulti,otak bergeliga budak ni.
dapat sambung terus Phd tapi tak nak.
so humble ini budak.i'm proud of u dear. =)



inilah bestfriends aku disini,alhamdulliah dikurniakan sahabat yg baik.
susah senang bersama semasa bergelar pelajar.
all the best! i miss uoll so much!



tempat yang wajib tangkap gambar.hehe masa ni dah senja 


Selepas habis tangkap gambar,kami pun balik.Keesokkan harinya dalam pukul 11.30am terus ke Upm sebab nak pulangkan jubah dan ambil sijil-sijil.Pada mulanya dah set dengan photographer nak shoot dekat pokok Lagenda Budak Setan tu,tau tak?alah yang Farid Kamil berlakon dengan Lisa,dorang berlakon dekat ladang Upm.Tak jadi shoot sebab hujan lebat dan masa pun tak banyak dah nak magrib.Jadi aku pun fikir tempat apa lagi eh yang menarik nak shoot.Sudah tentulah dekat tempat Magika.ha kalau korang nak tahu masa Mawi dan Diana lari kena kejar anjing dalam filem tu kan dorang berlakon dekat pokok-pokok di Upm nilah.hehe terus bangga uolls.haha


dekat belakang aku tulah pokok magika.
fon cokia,gambar tak cantik.
sempat bergambar dengan aini,cosmate.



bersama kakak jiran sebelah bilik aku.hehe #bilik137
ni masa raptai konvo.
kakak mpp,comel,kecik molek,cantik gila mata dia besar.hehe


Kalau diikutkan hati nak tangkap dengan semua kawan,tapi tak jumpa pula masa konvo hari tu,masing-masing dengan family kan.Dan lepas hantar jubah aku pun terus drive balik.Sampai rumah dalam lewat malam juga la sebab sesat dekat Penang.Amboi kan tempat sendiri boleh pula sesat,tempat orang rilex je sampai pusing-pusing Nilai 3 dulu lah shopping barang-barang.hahah.Itulah sekitar majlis konvokesyen aku berlangsung.



i love my family from bottom of my heart.
trust me,i'll take care all of u,oneday.
give me some space to breathe.
the light will brighter. =)



Terima kasih sudi baca.Jumpa lagi. :D

4 comments:

  1. Tahniah..miss strawberry ..doakan saya juga ya.. singgah2 la di kukucawan02.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kuku cawan..comel nama awak ye.hehe..insyaAllah.terima kasih sudi singgah,nati i follow u,,hee :D

      Delete
  2. tahniah. sy bru masuk upm.bestnya dah kejaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..dah 2tahun berlalu..hehe..selamat menjadi warga Upm..all the best! :D

      Delete