Wednesday, 19 March 2014

My Degree Konvokesyen

Assalamualaikum...

Malam semalam dulu aku terdetik nak tulis dan senaraikan semua laman sosial yang aku guna,tau tak berapa aku ada? kesemuanya ada 8 laman sosial,itu belum termasuk instagram lagi.kehkeh kemain dulu cakap tak minat lah konon ambik kau kena batang hidung sendiri,padan muka!Tunggu aku beli ipong baru buat eh,hehe.Aku tulis segala email dan password dalam satu buku nota kecil.Mana la tau nanti aku mati tak da orang yang nak padam laman sosial aku ni.Kesian aku kat sana nanti.Oke jom aku nak cerita pasal Hari Jubah aku yang jatuh pada bulan Oktober.

Sebelum bermulanya kisah majlis konvokesyen ni,kami iaitu para pelajar kena semak dulu status dalam portal pelajar (Esmp) sama ada boleh grad atau tak.Kalau tak boleh alamatnya tak konvolah jawabnya.Aku masa tu takut juga yelah mana lah tau aku terlupa ambil subjek ke,tercicir maklumat ke, tak ke haru-biru.Tapi Alhamdulliah status aku bergraduat,jadi secara rasminya aku boleh grad dengan senang hati.hehe (lompat-lompat bintang) Sebenarnya aku nak update pasal Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) tapi macam-macam halangan secara ringkasnya malas,haha aku gabung teruslah kira aci eh.Aku buat tajuk Dialek Hulu dan Hilir dalam Kalangan Masyarakat di Daerah Baling di bawah penyeliaan Prof.Madya Dr.Raja Masittah Raja Ariffin.Nanti aku buat dedikasi buat semua eh.



senyum lega sebab tesis sudah dijilid.hehe

Jadi bermulalah episod nak cari baju,tudung,kasut untuk konvo nanti.Malangnya semuanya tak sempat sebab kekangan masa dan tenaga.Yelah lepas raya kan sibuk yang melampau.Aku pakai baju raya ja untuk pergi konvo nanti,cuma kasut je yang beli sebab kami diminta untuk pakai kasut sarung.Malam sebelum bertolak baru aku pergi beli dekat Sungai Petani nasiblah ada yang berkenan dihati.Abah cadang nak bertolak pagi dalam pukul 9.am bajet dalam petang sudah sampai sana.Oh,ya aku pergi awal sebelum hari kejadian iaitu hari Sabtu.Nak dijadikan cerita kami bertolak pukul 10.am sebab aku terlupa bawa resit untuk ambil gambar.Sampai dekat Pengkalan Hulu baru tersedar nasiblah belum sampai Tapah lagi kan.huhu

Aku yang drive dari Baling ke Kl,gigih tak gigihlah kan.haha.Oh,ya kami pergi berlima je sebab adik aku yang lagi 3 orang tak dapat ikut.Angah tak dapat ikut sebab kerja,abgcik dan adiklie ada exam.Kami berhenti makan,solat,rehat kira-kira dalam pukul 3.pm dah sampai Upm.Aku saja lah nak tengok hotel manalah tau ada yang kosong lagi ker,tapi harap maklum penuh semuanya.Rasa rugi pula sebab tak booking awal-awal,murah kot dalam RM50/day.Sebenarnya dah janji nak bermalam dekat rumah makcik aku je dekat Nilai,dalam 30 minit ke Upm.

27/10/2013 merupakan tarikh hari kejadian berlangsungnya majlis konvokesyen aku.Fakulti aku kena sesi petang dalam pukul 2.pm. Aku bertolak dari Nilai dalam pukul 11.am sebab nak tangkap gambar dulu.hehe.Rasa menyesal pula sebab aku tak beli kamera masa dulu,bila saat genting gini barulah terfikir kegunaan dia kan.Jadi aku ambil khidmat photographer sebab nanti senanglah dia nak ambil gambar aku bagi cantik-cantik.Terima kasih Zaim and the gang.Dalam pukul 2.pm kami diminta beratur masuk ke dewan mengikut fakulti masing-masing.Tau tak untuk bezakan fakulti ialah dengan tengok kain atas bahu jubah tu,apa eh orang panggil?aku lupa lah.



fakulti aku warna peach.itu yang membezakan fakulti

BACHELOR BAHASA & LINGUISTIK MELAYU,MINOR PENDIDIKAN ISLAM

FAKULTI BAHASA MODEN & KOMUNIKASI


Cuba tengok gambar dalam studio ni adoi jubah aku nampak sangat berkedut-kedut.Aku malas nak iron nanti nak masukkan dalam beg lagi.Orang lain kemain gantung dalam kereta,dasar pemalas betol aku ni.Masa dalam dewan kami diminta bangun untuk nyanyikan lagu Negaraku,lagu Putra Gemilang dan Vvip masuk.Masa kena panggil ya ampun,macam nak luruh jantung ni ha.Ramai giler kot dalam dewan tu,dengan waris lagi.Segan ya amat dan rasa nak nangis pun ada tau.Apa taknya Impian aku si gadis kampung tercapai untuk jalan atas pentas dan ambil scroll lah orang panggil kan.Tu tengok gambar aku dekat atas yang aku pegang tulah.

Adik aku 2 orang tak boleh masuk sebab kami hanya dapat 2 surat jemputan untuk keluarga,kira mak dan abah je yang dapat masuk.Tapi tak pe sebab adik aku cakap dekat luar pun boleh tengok sebab dorang pasang screen besar dekat dalam khemah menunggu tepi dewan.Masa keluar mak aku cakap,abah titis air mata.Mana lah pernah aku tengok abah aku gitu.Lelaki kan susah nak menangis.Dia bangga anak dia dapat berdiri sama tinggi macam orang lain.Mak yang cakap.Lepas keluar dewan hujan masih lagi turun tau,nak tangkap gambar macam mana.Kira-kira dalam pukul 6.pm baru boleh itu pun beberapa keping jer nasiblah pukul 12.pm dah habis posing dengan mak abah dah.Jomlah tengok gambar disekitar Majlis Konvokesyen kali yang ke-37 UPM.


hadiah buat mak dan abah. i love both of u.



kawan baik aku di Upm,bertiga jer sebab uni ikut family dia,huu
dari kiri : husna, aku, umi 



bersama uni selepas keluar dewan #bestfriend
pelajar pandai fakulti,otak bergeliga budak ni.
dapat sambung terus Phd tapi tak nak.
so humble ini budak.i'm proud of u dear. =)



inilah bestfriends aku disini,alhamdulliah dikurniakan sahabat yg baik.
susah senang bersama semasa bergelar pelajar.
all the best! i miss uoll so much!



tempat yang wajib tangkap gambar.hehe masa ni dah senja 


Selepas habis tangkap gambar,kami pun balik.Keesokkan harinya dalam pukul 11.30am terus ke Upm sebab nak pulangkan jubah dan ambil sijil-sijil.Pada mulanya dah set dengan photographer nak shoot dekat pokok Lagenda Budak Setan tu,tau tak?alah yang Farid Kamil berlakon dengan Lisa,dorang berlakon dekat ladang Upm.Tak jadi shoot sebab hujan lebat dan masa pun tak banyak dah nak magrib.Jadi aku pun fikir tempat apa lagi eh yang menarik nak shoot.Sudah tentulah dekat tempat Magika.ha kalau korang nak tahu masa Mawi dan Diana lari kena kejar anjing dalam filem tu kan dorang berlakon dekat pokok-pokok di Upm nilah.hehe terus bangga uolls.haha


dekat belakang aku tulah pokok magika.
fon cokia,gambar tak cantik.
sempat bergambar dengan aini,cosmate.



bersama kakak jiran sebelah bilik aku.hehe #bilik137
ni masa raptai konvo.
kakak mpp,comel,kecik molek,cantik gila mata dia besar.hehe


Kalau diikutkan hati nak tangkap dengan semua kawan,tapi tak jumpa pula masa konvo hari tu,masing-masing dengan family kan.Dan lepas hantar jubah aku pun terus drive balik.Sampai rumah dalam lewat malam juga la sebab sesat dekat Penang.Amboi kan tempat sendiri boleh pula sesat,tempat orang rilex je sampai pusing-pusing Nilai 3 dulu lah shopping barang-barang.hahah.Itulah sekitar majlis konvokesyen aku berlangsung.



i love my family from bottom of my heart.
trust me,i'll take care all of u,oneday.
give me some space to breathe.
the light will brighter. =)



Terima kasih sudi baca.Jumpa lagi. :D

Friday, 21 February 2014

Kronologi Cinta

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan bicara moleklah jika kita sedekahkan al-fatihah kepada teman sepengajian aku di Upm,Nur Izzati Nawawi yang telah kembali kepada sang penciptaNya pada awal Februari 2014.Moga rohnya dicucuri rahmat,takziah kepada ahli keluarganya.

******************************************************

Walaupun dah masuk bulan dua,tak terlepas juga aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014.Moga impian yang dibina akan terlaksa.Tahun ni aku azam nak turunkan berat badan.Tekanan perasaan tau pabila orang asyik cakap "gemuknya ziela", "awat nampak berisi sekarang", paling tak tahan sekali "sihat noh lani,dah kawen kot". -_- . Jadi kesimpulannya aku harus turunkan juga lah kan.Kenal tak dengan Cik Epal blogger terkenal tu,ha dia kurus tau sekarang,cantik sangat.Rahsia dia hanya amalkan pemakanan yang sihat dan rajin bersenam.Tunggu apa lagi kan ziela.errr...

Sebenarnya kali ni aku nak cerita sikit kronologi selepas habis belajar.Apa?? ha,yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian aku dah habis belajar dekat Upm tu.Kisah aku selepas jejak kaki keluar dari pintu pagar besar kolej.haa gitu.kehkeh 

1) Aidilfitri 

Aku skip terus bulan 8,iaitu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.Rasa macam istimewa sikit sebab aku dah habis belajar kan,konon tenang lah sangat kan.Istimewanya sebab tahun ni aku beraya bersama enam sahabat baik aku masa sekolah rendah dulu,kira semua ada lah kan.Bukan senang nak berkumpul semua biasalah dah besar sekarang masing-masing dah ada komitmen.Jom tengok gambar kami.Makin dah dewasa kini,makin cantik kawan-kawan aku.Heeee



dari kiri : aku,diana,ija + anak nakan dia,wana 





dari kiri : shahila, ija , diana, aku 



dari kiri : ifah, diana, ija, aku, shahila, wana 



2) Pertunangan Farhana 

Kisah yang penting seterusnya ialah majlis pertunangan sahabat baik aku dari kecik lagi,sama-sama masuk Pasti.Gembira sangat bila tau dia dah nak tunang.Rumah kami dekat je,jiran sebelah rumah aku tapi sekarang dia dah pindah ke Kulim masa sekolah menengah lagi.I'm happy for you dear. :)



ija suka menyelit dekat belakang.;p



dari kiri : aku, ija, ana 
kami bertiga dah berkawan dari dalam perut,kehkeh. ;p 



secara rasminya ana sudah jadi tunangan orang. :)



p/s : Ana,aku doa hang sihat dan dipermudahkan urusan semuanya.Moga nanti jadi isteri yang solehah taat pada suami.Kecapi kebahagiaan hingga ke Jannah.Aku sayang hang sangat.


3) Hari Jubah

27/10/2013 adalah hari yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu Hari Jubah aku.Hadiah buat mak,abah dan adik-adik.Tengok gambar sekeping dulu,preview lah gitu katakan.hehe.Nanti aku update full hari jubah punya.




dapat sejambak bunga.hehe



4) Kemasukan Uitm 

Selesai majlis konvokesyen aku,seterusnya aku terus galas tugas sebagai kakak untuk uruskan hal kemasukan adik aku si Kuku Cawan  ke Uitm.Alhamdulillah adik aku yang number tiga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Uitm,Arau.



ni lah adik aku, nampak sebaya je kan.hehe

Mesej buatmu : 

Kak long sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik-adik.Dulu kakcik selalu mengeluh kenapalah Allah belum tunaikan impian yang kakcik minta.Tapi percayalah Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya.Jangan tertekan jika dirimu berada pada saat yang getir.Yea,kak tahu bidang kakcik amat susah,bidang sains yang mana matapelajarannya biologi,kimia dan matematik.Itu kak tak dapat sangkalkan lagi betapa sukarnya kakcik hadapai.Namun percayalah kakcik,kuatkan semangat jangan sesekali mudah mengalah,dengan usaha yang gigih kak yakin kakcik mampu lakukannya.Buat yang terbaik supaya dapat biasiswa dan terus sambung Degree selama 2tahun saja macam kak Shahila,kawan kak dan target umur 23 sudah ada Ijazah dalam tangan.All the best my lil sister. :)


5) Tawaran Master

Alhamdulillah.Permohonan aku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi diluluskan.Dimana aku buat ? sudah semestinya di Upm juga.Aku memilih untuk belajar sambil bekerja sebagai research assistant,bekerja dengan pensyarah.I wish my dream come true,i hope that.Tiada yang mustahil untuk berjaya melainkan dengan usaha yang gigih.

Itulah sedikit sebanyak kronologi sepanjang habisnya pengajian aku hingga masuk ke tahun baru 2014.Moga hidup kita sentiasa dibawah redha Yang Maha Esa.Amin.




Terima kasih,jumpa lagi. :D 







Wednesday, 5 June 2013

BBM 3410 : Salam Terakhir

Assalamualaikum...

Sebelum terlambat,saya ingin memohon kemaafan kerana terlewat 'mengupdate' entri kali ini kerana saya berada di kampung atas sebab tertentu.Saya sedia maklum bahawa Dr tidak suka sama sekali alasan yang diberi,namun saya harap Dr baca entri saya,dan saya yakin Dr mesti baca.Hee.

Nama diberi Nurzila Binti Yunus atau lebih dikenali dilaman sosial sebagai Ziela Melody.Dr penah tanya di kelas dahulu,siapa yang memegang akaun Ziela Melody yang kerap kali update status di twitter,setiap saat.Ya itulah saya.Hehe.



156720

Seperti tajuk di atas Salam Terakhir merupakan post yang terakhir bagi kelas Bahasa dalam Multimedia.Rasa sebak,sedih,pilu dan sayu bercampur, bergabung menjadi satu rasa iaitu saat kehilangan.Ya,saya akan kehilangan Dr Notts.Selama ni setiap kali update kerja yang Dr suruh,saya boleh bayangkan Dr akan ada lagi untuk minggu seterusnya tapi kali ini Dr tidak lagi bersama kami.Pada kelas yang terakhir hari tu,saya betul-betul tersentuh.Namun apakan daya,jodoh kita hanya sampai di situ mungkin satu hari nanti kita akan ketemu,mungkin sebagai pelajar master atau mungkin sebagai rakan sekerja,pensyarah.Oh,jauhnya angan saya.Tapi itu semua tidak mustahilkan.Dr juga pernah cakap masa muda lah kita bina impian.Tak gitu.heee.

Psstt.Dr nak tahu tak apa yang menariknya mengenai Dr yang membuatkan saya jatuh hati,bukan bodek yea,ni ikhlas dari hati  sikap Dr yang unik itu sendiri lain dari yang lain.Selalu tugasan dalam bentuk menulis,menulis mesti bosan kan,ramai kawan-kawan saya tanya saya ni dah tukar bidang ke.hehe.Tugas yang Dr bagi semuanya dalam bentuk praktikal lagi cepat masuk dalam otak dan otak senang nak proses.Kalau menulis je tak da praktikal tak da guna juga kan.Dari tidak tahu kepada tahu.Dalam buat poster,kalendar,asas fotografi, dan video semuanya saya sudah mahir.Semuanya sebab Dr.


Sebelum berakhir,ini adalah antara video selama satu semester yang saya belajar dalam kelas Bahasa dalam Multimedia,kumpulan Cempaka Sari.

Video 1 Shoot


Video Seram


Video Tanpa Wajah

Video Pengajaran



Video Realiti



Gambar Unik



p/s : saya minta maaf video tak dapat diupload buat masa sekarang kerana line teramat sadis.Nanti bila dah oke,saya upload yea.Tunggu.Hehe.



Dedikasi Buatmu : 



Dari sifatmu yang unik
Aku ingin kenal lebih dekat lagi
Kata orang tak kenal maka tak cinta
Bila sudah cinta baru mula cerita.

Sifatmu yang tegas
Buatkan aku sesak nafas
Kerja perlu siap dalam masa diberi
Maka terkejar kami mencari-cari.

Setiap minggu mesti ada tugasan
Video sudah mesti menjadi sasaran
Tanpa mengeluh kuturutkan
Demi Dr kesayangan.

Hari demi hari masa berlalu
Namun tiba jua saat itu
Sudah adat yang datang akan pergi
Siapa kita mahu melawan Ilahi.

Walaupun singkat namun bermakna
Kudoakan dirimu sihat sentiasa
Moga dirahmati yang Maha Esa
Sambutlah salam dari saya Nurzila.






Sebelum melabuhkan tirai,saya ingin memohon seribu kemaafan jika ada melukakan hati Dr.Harap Dr halalkan ilmu yang dicurahkan selama satu semester ini pada saya.Biasalah manusia tidak lari dari membuat kesilapan.Andai ada kekhilafan ampun maaf dipinta.Moga Dr sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.Terima kasih untuk segalanya.Wassalam. 


'
'
'
'
'





Maaf,saya ambil gambar dari blog Dr.heehe.





Prof Madya Dr Normaliza Abd Rahim. :) 




















Wednesday, 22 May 2013

BBM 3410 : Laman Web

Assalamualaikum...

Pada mulanya hati kecil ini memberontak kerja apa lagi yang perlu aku lakukan.Laman web?? Apa kegunaan dia?Ya,ku akui aku tak berminat langsung dengan benda alah ni,dengan tesis aku lagi yang melambai-lambai minta diberi perhatian.Namun,dek kerana cemburukan kawan-kawan yang sudah siap maka aku gagahkan diri untuk menyiapkan juga.Jeng...jeng..jeng...

Akhirnya terhasillah website aku sendiri.Rasa kagum,teruja dapat hasilkannya sendiri dengan bantuan Cik Wani tutor.Baru aku tahu apa faedahnya ada website ni.Lepas makeupkan website aku ni nampak cantik,tak jemu memandang..kehkekeh..angkat bakul sendiri.;p.Nak tahu tak apa kegunaan atau faedah website ini?Antaranya ialah : 



  • Perniagaan : Bagi sesiapa yang baru nak buka perniagaan online perlu ada website bagi memudahkan pelanggan melihat barang yang ingin kita pamerkan.


Jadi bagi sesiapa yang nak tempah website bolehlah terus kepada saya.Dijamin puas hati. :)



p/s : terima kasih kepada Dr.Notts kerana andalah saya sudah ada website sendiri.Walaupun sekarang masih lagi belum nampak hasilnya,siapa tahu masa akan datang,saya Jutawan website.Hee.Inilah laman web saya sendiri.





Kalau ada sumur diladang,
     Dapat kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang;
     Dapat kita berjumpa lagi. :D





Sekian,terima kasih.







Friday, 17 May 2013

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum...

Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang amat keramat bagi seluruh dunia.Tarikh apakah itu? Itu adalah tarikh di mana bagi menghargai jasa-jasa golongan pendidik iaitu guru kita.Ada jugak yang menyangkal bahawa tidak perlu sanjung tarikh itu,sama sahaja tarikh yang lain yang penting ucapan saja.Bagi aku itu tidak adil,tidak adil,baginya.Hee.Kenapa aku cakap macam tu sebab kita perlu ada tarikh bagi meluangkan masa kita hanya dengan memberi ucapan dan sebagainya.Atau dalam erti kata yang lain mengingati hari mereka sebagai golongan pendidik.Aku bagi contoh,hari lahir kita sudah tetapkan kenapa kita sambut?ucap?sebabnya hari itu bersejarah kan,kita lahir dimuka bumi ini.Haa,fikirlah sendiri..dah dah..malas nak pertikaikan lagi.Masing,masing ada pendapat sendiri.Senyum.

Dulu waktu sekolah rendah,kalau tiba je hari guru aku akan bagi sabun.hahaha.Tak tahu lah kenapa,dari darjah 1 sampai darjah 6 aku akan bagi sabun.Pelik je,tah la.Tak pa asalkan aku ikhlas nak bagi.Sebelum tersasar dari landasan moleklah aku teruskan saja niat iaitu nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada para guru,pendidik,pengajar yang mencurahkan ilmu pada saya dari tadika sampailah ketahap ini.Tanpa guru sekalian siapalah saya di sini.Mungkin masih lagi di zaman jahiliyah.

Abah aku cakap siapa pun kita sekarang ini jangan dilupakan guru sekolah rendah.Tanpa mereka,kita tak akan pandai membaca,tak akan pandai mengira.Dari situlah titik permulaan kita mengenal dunia.Terima kasih kepada guru yang mengajar saya selama ini dari Pasti sampailah di Universiti sekarang.Sesiapa yang memberi ilmu itu sudah dikira sebagai guru,pendidik dan pengajar.Jika mereka tidak curahkan ilmu adakah kita akan faham? adakah kita akan mahir?. Dibawah adalah senarai golongan pendidik yang mencurahkan ilmu kepada aku.


  • Pasti Batu 7
  • Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera
  • Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2
  • Sekolah Menengah Baling
  • Zarika Pusat Memandu
  • GiatMara Baling
  • Universiti Putra Malaysia

Terima kasih cikgu.Tanpa cikgu di Pusat Memandu,aku tak akan mahir memandu kereta.Tanpa cikgu di Giatmara aku tak akan mahir dalam menjahit pakaian.Itulah betapa mulianya tugas sebagai pendidik dan pengajar.Mereka diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk semua orang.Jasa kalian amat besar buat diriku.Dari tidak tahu kepada tahu segalanya.Terima kasih cikguku semua.Saya tidak akan lupa jasa anda kepada saya.Apa yang diharapkan oleh seorang guru kepada anak muridnya ialah untuk jadi manusia yang berguna.




Tiada hadiah yang bernilai yang dapat membalas jasa kalian.Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang dapat saya berikan.Saya akan jadi manusia yang boleh membanggakan cikgu semua.Harapan saya semoga cikgu semua berada di bawah lindungan Yang Maha Esa,dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa gembira dalam kehidupan seharian.Terima kasih cikgu. :)

Wednesday, 15 May 2013

BBM 3410 : Video Tanpa Wajah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.Hari ni cuaca mendung je tapi belum tentu hujan akan turun membasahi bumi.Rasanya sudah lama aku tak update entri kan,maaf lah aku memberi fokus pada Tesis aku dan akhirnya jeng..jeng.. Alhamdulilah dah siap semuanya.Lega rasanya beban di bahu aku ni.Memandang hari ni hari Jumaat yang mulia,maka aku tekadkan hati nak update semua entri yang aku dah ketinggalan sebelum ni.Terimalah.hehehe..

Tugasan Video Tanpa Wajah ini aku terima pada 17/4/2013 yang lepas.Maka korang kiralah berapa hari aku buat pekasam.=.=
Selepas video seram hari tu,ramai kawan-kawan aku yang tanya dah tak da video baru ke?eh kenapa ? Jadi bagi menjawab persoalan-persoalan yang terbuku di minda kawan-kawan,maka aku umumkan bahawa ada video baru iaitu Video Tanpa Wajah.Kali ini tugasan kami tidak perlu nak tampil dengan wajah, mimik muka ke apa,kami hanya perlu fokuskan pada satu benda ja.Jadi kumpulan aku sebulat suara memilih tangan sebagai watak utama dalam video ini.

Dalam pembikinan video ini lokasi yang kami pilih ialah semestinya di bilik Sikin.Biasalah tempat yang mudah untuk kami semua berkumpul.Disebabkan pada sebelah siang masing-masing sibuk dengan kuliah,maka kami pilih untuk rakam video ini pada sebelah malam.Sebelum nak mula rakam,kami terlebih dahulu buat prop.Ha,itu sangat penting ya tuan-tuan dan puan-puan sekali.Nak tahu tak tajuk cerita kami.hehehe.Air Tangan Isteri.Ha,kemain kan sejak dua menjak ni cerita pasal kawen je.huhuhu.

Kami buat peralatan dapur menggunakan kertas.Ingat senang ke,pada mulanya agak sukar bagi aku sebab dulu masa sekolah rajin juga buat,tapi dah besar gini dah lupa semua.Jadi Sikin lah ketua mengajar aku buat bakul,besen daripada kertas.Selesai buat prop seterusnya Husna cari latar belakang dari internet.Latar belakang ni macam nak bagi cantikan lagi video kami nanti.Agak-agak korang siapa yang melakonkan watak suami dan isteri ni.?teka lah..teka lah..heee.

Pelakon dalam video ni ialah aku dan Umi.hehe.Aku sebagai isteri yang menyambut suami iaitu Umi, pulang dari kerja.Sweet kan suami isteri ni.Sebelum suami pulang isteri mestilah masak dulu,kemas rumah dan tunggu kepulangan suami tercinta.Itulah dinamakan isteri solehah.

Apa mesej yang kami, Cempaka Sari ingin sampaikan ?


  • Sebagai seorang isteri wajib mentaati perintah suami sebab syurga isteri pada suami.Tak perlu berhias di luar kerana perkara yang perlu dilakukan hanya berhias untuk suami.

  • Air tangan isteri pengikat kasih sayang rumah tangga.Kalau isteri malas masak,dan suami perlu makan di kedai mamak je,lama-lama suami akan naik bosan dan boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan.

  • Tugas seorang isteri amat mudah,hanya perlu melayan suami tetapi disebabkan hati seorang wanita ini amat lembut semua kerja dirumah seperti masak dan mengemas pun dilakukan.Tapi jangan mengeluh kerana Pahala sedia menanti para isteri.

  • Wanita dijadikan cukup sempurna dan istimewa. Mereka tidak akan dibiarkan keseorangan jadi sebagai pelengkap hidup mereka memerlukan seorang lelaki yang bernama suami sebagai pembimbing.Jadi rebutlah peluang untuk menjadi isteri yang solehah.



Bagi sesiapa yang tak tengok lagi video ini boleh lah klik di link yang ada di bawah.









Semoga semua terhibur,terima kasih.Sehingga ketemua lagi. :D









Monday, 29 April 2013

Jom Makeup Blog

Assalamualaikum...

Lamanya aku tak update entri terbaru kan,dah seminggu terbiar macam tu jer,padahal tiap-tiap hari bukak tapi tak da modal menaip dek kekangan yang membantutkan aku nak taip.hahah alasan je sume tu..maaf.=.= .Hal ini disebabkan kesedihan yang melanda aku, Dr.Notts menghilangkan diri entah ke mana.Amboi-amboi,macam-macam pula alasan yea,tapi sebenarnya memang betul lah Dr.kesayangan aku tak muncul pada hari aku nak tunjukkan video seram kumpulan kami.Hampa,sedih,sadisnya hati aku saat itu,ermm.Next entri aku cerita misteri kehilangan Dr.Notts yea,hehe.jeng..jeng..

Sejak aku aktif berblog ni aku rajin jugak singgah ke blog kengkawan yang lain dan blogger terkenal.Yea,dulu aku ada juga blog ni tapi aku hide kan hanya aku je baca,hahha.Macam gini lah,aku tulis dan aku juga yang baca.Nampak sangat forever alone.kahkahkah..-.- Tapi masuk 2013 kan membawa sinar kegembiraan dan kebahagiaan pada aku,maka secara rasminya blog ni aku kongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan diluar sana yea.heeee.

Wahh,cantiknya blog dia,macam mana buat tu ??haa macam tu lah persoalan yang timbul dibenak fikiran aku tiap kali masuk ke blog orang lain.Maka aku cari altenatif lain bagi nak mencantikkan juga blog aku ni ha.Apa lagi incik Google teman setia nak cari toturial.Aku cuba buat step dia tapi hampeh tak jadi je stress wooo..-.- Dan malam tu pari-pari muncul dalam mimpi aku dan dia bagitau cara-cara nak cantikkan blog.heee tak lawak pun wei,nak makan seliper agaknya...opss -.-


Ada sorang hamba Allah ni yang baik hati nak tolong aku,terharu betul dapat kawan macam ni.Aku kan spesies kalau nak sesuatu memang nak sampai dapat,jadi aku mesti,wajib buat apa yang aku nak.Kesian kawan aku nasib lah dia oke je,layan je lah aku macam ni pun.hoho -.-. Ummi,kawan baik aku di Upm ni,aku minta tolong dia bagi cantikkan sikit blog aku yang tak berapa nak cantik ni.Ha,aku bagitau lah apa yang aku nak,itu,ini,dan hasilnya amatlah puas hati.Aku kalau cakap,ermm oke la,biasa je...itu maknanya memang biasa jer,tapi kalau aku cakap suka!lawa! haa memang dah boleh bagi A++ tau.


''Alah,biasa jer tengok,tak da lah cantik mana pun blog kau tu...''
Amboi-amboi mulut,tapi yang penting aku suka,selesa dan simple but nice.Tak serabut kepala pun kalau nak singgah,weeee. :p



Kalau nak cantikkan blog korang boleh lah contact dengan Ummi. Memang sangat puas hati lah.Aku ni pun masih lagi dalam keadaan mood cewi.hahaha.Ni lah tuan empunya diri.




bestfriend aku alhamdulillah sampai sekarang,mudahan sampai selamanya. =)



Amacam oke tak wajah blog aku yang baru ni? Dan yang penting muka aku ada dekat tengah-tengah tu.huhahah.Memang itu yang aku mahukan.yuhuuuu.Sekian.


Terima kasih sudi baca,sehingga ketemu lagi. :D